Bertabahla ibu bapa, hari pertama sekolah ni memang banyak ragam anak, kan? 😂
Tidak Mahu Pergi Sekolah, Ibu Siap Bawa Anak Pergi Ke Balai Polis Sarawak Buat Netizen Geli Hati. Hari pertama masuk alam persekolahan pasti ada saja telatah dan gelagat kanak-kanak yang dikongsikan di media sosial.
Ada yang menangis kerana enggan ditinggalkan ibu bapa, ada juga yang gembira dapat bertemu dengan kawan-kawan baharu dan sebagainya.
Abang polis pun join berlakon sekali😂Sampai ke besar lah budak tu ingat kenangan ni
Namun satu video yang telah tular di media sosial, memaparkan seorang kanak-kanak di dalam kenderaan enggan pergi ke sekolah dan telah dibawa ibunya singgah ke balai polis, benar-benar mencuit hati netizen.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun pengguna TikTok bernama @abellascentzhq, kelihatan kanak-kanak berkenaan yang berpakaian lengkap Tadika Kemas duduk dalam kenderaan sambil tingkap kereta terbuka.
Datang pula seorang lelaki berpakaian polis, menegur kanak-kanak tersebut dan menyoal kenapa tidak ingin ke sekolah. Si ibu terpaksa mengadu ke polis kerana anaknya enggan pergi ke sekolah.
Lihat video penuh di bawah:
@abellascentzhq Aydeen²…gara² ngai sekula viral 😅
♬ original sound – ABELLA SCENTZ
Perkara ini telah mencuit hati netizen kerana ramai ibu bapa yang boleh relate dengan tindakan ibu tersebut. Yelah, ibu bapa kalau lihat anak mereka nakal sikit mesti panggil polis.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen geli hati lihat gelagat kanak-kanak tersebut. Si polis pun ikut berlakon nak tangkap kanak-kanak tersebut.
Bertabahla ibu bapa, hari pertama sekolah ni memang banyak ragam anak, kan?