• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiket Early Bird Borneo Sonic Music Festival 2024 Mula Dijual Ahad Ini

Oleh
Farisha
5 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Jangan lepaskan peluang, tawaran istimewa tiket BSMF 2024

Tiket Early Bird Borneo Sonic Music Festival 2024 Mula Dijual Ahad Ini. Tiket Early Bird untuk Festival Muzik Borneo Sonic (BSMF) 2024 akan mula dijual pada 7 Julai.

Peminat muzik boleh membeli tiket ini dengan harga diskaun melalui laman web rasmi BSMF 2024 www.borneosonic.com bermula jam 12 tengah hari. Pembeli tiket juga akan menerima baju-T edisi terhad BSMF 2024 yang boleh ditebus bersama gelang tangan.

Tiket Early Bird Borneo Sonic Music Festival 2024 Mula Dijual Ahad Ini
Tiket Early Bird Borneo Sonic Music Festival 2024 Mula Dijual Ahad Ini

Pengarah urusan BME International, Steven Au berkata mereka gembira menawarkan diskaun “Super Early Bird” kepada peminat setia dan pengunjung baharu. Beliau menjanjikan acara tahun ini akan menjadi yang terbesar dan terbaik setakat ini.

Peminat digalakkan bertindak segera kerana tiket tawaran terhad ini dijangka akan habis dijual dengan cepat.

BSMF 2024, yang dianjurkan oleh BME International Sdn Bhd dan diuruskan oleh Place Borneo Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, akan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober di Stadium Sarawak.

Festival ini bertujuan untuk menyatukan 36,000 peminat muzik dari seluruh dunia dengan persembahan artis tempatan dan antarabangsa.

Lebih dari sekadar muzik, BSMF 2024 tawar pelbagai pengalaman unik

Acara ini juga merangkumi Karnival Makanan Borneo Sonic di Dataran Stadium, dengan 50 penjaja makanan dan minuman serta 20 gerai bukan makanan. Ia akan dibuka dari 12 tengah hari hingga 12 malam dari 9 hingga 12 Oktober.

Selain itu, Tapak Perkhemahan BSMF 2024 di Padang D menawarkan pengalaman glamping yang unik hanya 200 meter dari Stadium Sarawak dan Food Street.

Untuk peminat kecergasan (fitness), Larian Muzik Borneo Sonic 3KM akan diadakan di Stadium Sarawak pada Sabtu, 12 Oktober, bermula jam 7 pagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket dan kemas kini acara, ikuti BSMF 2024 di Instagram @borneosonic.mf atau layari www.borneosonic.com.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Borneo Sonic Muzik Festival 2024 Kembali Memeriahkan Bumi Kenyalang Pada Oktober Ini
Lebih Gempak Tahun Ini, Borneo Sonic Festival Bakal Diadakan 11 Hingga 12 Oktober 2024
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemandu E-hailing Didakwa Mencabul Remaja Perempuan Berusia 17 Tahun Pada Pukul 4 Pagi
Next Article Badang Sarawak, Bonnie Bunyau Terima Anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan Badang Sarawak, Bonnie Bunyau Terima Anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?