• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ayah Maut, Anak Cedera Parah Ketika Cuba Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Tun Jugah

Oleh
Farisha
10 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Dua Lelaki Maut, Remaja Parah Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Jalan Tun Jugah, Kuching

Ayah Maut, Anak Cedera Parah Ketika Cuba Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Tun Jugah. Satu kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan berlaku pada awal pagi tadi di Jalan Tun Jugah, Kuching, berhadapan dengan Gala City.

Dalam kejadian sekitar jam 12.40 pagi, dua lelaki disahkan maut di tempat kejadian, manakala seorang remaja perempuan mengalami kecederaan parah. Dua individu lain hanya mengalami kecederaan ringan.

Ayah Maut, Anak Cedera Parah Ketika Cuba Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Tun Jugah
Ayah Maut, Anak Cedera Parah Ketika Cuba Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Tun Jugah. Sumber foto: Polis

Kronologi Kejadian

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa, kemalangan bermula apabila sebuah kereta dipandu lelaki berusia 37 tahun, yang dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), telah hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan.

Kereta tersebut telah bertembung secara langsung dengan sebuah kenderaan lain yang dipandu lelaki berusia 40 tahun, bersama anak perempuannya berusia 14 tahun, yang datang dari arah bertentangan.

Selepas perlanggaran itu, pemandu dan anak perempuannya dari kereta kedua keluar dari kenderaan dan cuba membantu pemandu kereta pertama yang terperangkap, menurut laporan media tempatan.

Namun, tidak lama kemudian, sebuah kereta ketiga yang dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah flyover Kenyalang telah melanggar kereta pertama yang sudah berhenti, dan pada masa sama melanggar kedua-dua beranak yang sedang memberi bantuan.

Akibat hentaman itu, kereta ketiga berpusing lalu melanggar kereta keempat yang berada di bahu jalan. Pemandu kereta keempat, seorang lelaki berusia 36 tahun, juga telah berhenti untuk membantu mangsa, namun hanya mengalami kecederaan ringan.

Mangsa & Keadaan Semasa

  • Pemandu kereta pertama dan lelaki dari kereta kedua (bapa kepada remaja perempuan) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Remaja perempuan berusia 14 tahun kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak akibat kecederaan serius.
  • Pemandu kereta ketiga dan keempat pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Polis Minta Saksi Tampil

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang awam yang mempunyai maklumat, termasuk rakaman dashcam atau yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi:

  • Insp Muhammad Amirul Azami Ahmad Rasol
    • 📱 016-8593994
    • ☎️ 082-259900
  • Atau hadir ke balai polis terdekat

Peringatan Kepada Pengguna Jalan Raya

Supt Merbin turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu dengan cermat, terutamanya ketika waktu malam atau semasa cuaca tidak menentu. Sikap cuai atau terburu-buru di jalan raya boleh membawa padah yang tidak ternilai.

Al-Fatihah buat mereka yang terkorban. Semoga remaja yang cedera diberikan kekuatan dan kesembuhan sepenuhnya. Kepada semua pemandu — jadikan insiden ini sebagai pengajaran. Setiap nyawa di jalan raya adalah tanggungjawab bersama.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Wanita Jadi Mangsa Langgar Lari Di Bintawa, Keluarga Rayu Saksi Kemalangan Tampil Bantu
Tular Kemalangan Maut Libatkan Lori di Jalan Gedong-Simunjan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertandingan Teluwaih Jinih Sempena Pesta Kaul 2025 Kembali Dianjurkan Di Mukah Pertandingan Teluwaih Jinih Sempena Pesta Kaul 2025 Kembali Dianjurkan Di Mukah
Next Article Padah Ugut Keluarga Guna Parang, Lelaki Sabah Ditahan Polis

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?