• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tragedi Triso : Kerajaan Sarawak Akan Bina Pagar Penghadang Di Pengkalan Feri

Oleh
ILB - AI
2 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Tragedi Triso : Kerajaan Sarawak Akan Bina Pagar Penghadang Di Pengkalan Feri

Perkara ini susulan kes kemalangan yang mengorbankan 9 nyawa, semalam

Kerajaan Sarawak akan membina pagar penghadang tanjakan pada semua 12 pangkalan feri di Sarawak dalam usaha memastikan insiden Triso mengorbankan sembilan nyawa tidak berulang kembali. 

Menurut laporan, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, beliau telah meminta Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Datuk Julaihi Narawi mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk perkara tersebut. 

Dipetik dari laporan Utusan Borneo, beliau turut berkata :

“Apa yang penting sekarang kita mahu meningkatkan tahap keselamatan yang mana kita akan membina pagar penghadang di semua tanjakan pangkalan feri di Sarawak. 

“Saya telah mengarahkan Datuk Julaihi untuk berbincang bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) serta agensi berkaitan untuk pembinaan pagar penghadang ini agar dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian tradegi Triso di sini hari ini. 

Tragedi Triso : Kerajaan Sarawak Akan Bina Pagar Penghadang Di Pengkalan Feri
Tragedi Triso : Kerajaan Sarawak Akan Bina Pagar Penghadang Di Pengkalan Feri

Malah, tegas Masing kerajaan Sarawak juga akan menugaskan pengawal keselamatan di semua pangkalan feri di negeri ini dalam masa terdekat. 

“Kita sudah maklumankan kepada operator feri dan kerajaan negeri akan menambah kos untuk penugasan pengawal keselamatan ini,” katanya. 

Tambahnya, usaha tersebut bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna perkhidmatan feri di negeri ini sekali gus mengelak insiden berulang.

Jelasnya lagi, mesyuarat bersama agensi berkaitan bagi melaksanakan langkah tersebut akan diadakan pada Isnin nanti. 

“Kita mahu perkara ini dilaksanakan dengan kadar segera,” ujarnya. 

Baca Juga Artikel Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tragedi Tahun Baru, 9 Sekeluarga Dipercayai Lemas Akibat Kenderaan 4WD Terjatuh Ke Dalam Sungai Tragedi Tahun Baru, 9 Sekeluarga Dipercayai Lemas Akibat Kenderaan 4WD Terjatuh Ke Dalam Sungai
Next Article Tragedi Triso : PH Darah Mereka Di Tangan Anda, Netizen Selar Kerajaan 22 Bulan PH Tragedi Triso : PH Darah Mereka Di Tangan Anda, Netizen Selar Kerajaan 22 Bulan PH

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?