Pelajar tersebut terpaksa mengalami kesulitan dalam mempersiapkan diri untuk temu duga nanti.
Transkrip Koyak Dakwa Guna Alasan Digigit Anjing, Pelajar Ini Kesal Dengan Servis Kurier Di Sabah. Seorang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menzahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap perkhidmatan kurier di Sandakan, Sabah.
Melalui satu catatan yang dimuatnaik di media sosial, pelajar tersebut mengadu bahawa transkrip universitinya telah rosak dan mendakwa alasan yang diberikan oleh staf kurier adalah ‘digigit anjing’.
Dalam perkongsian itu, pelajar tersebut juga mendakwa bahawa staff di sana tidak menunjukkan rasa bertanggungjawab dan kesedaran atas kesilapan yang telah dilakukan.
Kejadian ini bukan sahaja menimbulkan kerugian dari segi kewangan tetapi juga menyebabkan beliau turut mengalami kesulitan dalam mempersiapkan diri untuk temu duga yang akan dihadapinya.

Dia berharap agar pihak kurier dapat mengambil tanggungjawab dan memberikan penyelesaian kepada masalah yang dialaminya.
Sebagai pelajar, transkrip adalah satu dokumen yang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Kerana kesilapan kurier, pelajar itu terpaksa menguruskan proses mendapatkan semula transkrip dari universitinya yang terletak di Tanjong Malim, Perak. Ini tentunya menambah kos dan masa untuk pelajar tersebut.
Akhir perkongsian, beliau juga menyeru kepada pihak pengurusan kurier tersebut supaya mengambil tindakan sewajarnya dan bertanggungjawab atas kesilapan yang telah dilakukan. Beliau berharap agar perkhidmatan kurier di masa akan datang lebih bertanggungjawab dan menghormati hak pelanggan.
