• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Tuah’ Dengar Nasihat Isteri, Lelaki Ini Menang Jackpot RM3 Juta

Oleh
Aina Musa
20 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
'Tuah' Dengar Nasihat Isteri, Lelaki Ini Menang Jackpot RM3 Juta

“Di Sebalik Kejayaan Suami Pasti Di Belakangnya Berdiri Seorang Isteri”

‘Tuah’ Dengar Nasihat Isteri, Lelaki Ini Menang Jackpot RM3 Juta. Seorang lelaki dari Klang baru-baru ini bergelar jutawan sekelip mata hanya kerana dia mendengar nasihat isterinya. Menurut kenyataan dari Big Sweep Lottery, pemenang, Encik Cheng (bukan nama sebenar), yang berasal dari Klang telah lama membeli tiket loteri 4D, dan beliau sering ‘bertaruh’ nombor bertuahnya.

Namun malang baginya, nombor yang dipertaruhkan pada hari itu telah habis dijual. Situasi itu benar-benar mengecewakan beliau.

'Tuah' Dengar Nasihat Isteri, Lelaki Ini Menang Jackpot RM3 Juta
‘Tuah’ Dengar Nasihat Isteri, Lelaki Ini Menang Jackpot RM3 Juta. Kredit: Wau Post

Tidak lama selepas itu, isterinya mencadangkan beliau mencuba nasib di kedai loteri yang berdekatan.

Hanya kerana dengar pendapat isteri

Beliau menerima cadangan isterinya tambahan sudah banyak kali membuat percubaan ‘pertaruhan’ di kedai yang sama.

'Tuah' Dengar Nasihat Isteri, Lelaki Ini Menang Jackpot RM3 Juta

Apa yang mengejutkan, nombor yang dibelinya di kedai tersebut merupakan nombor bertuah dan merupakan hadiah pertama di BIG loteri.

Beliau membawa pulang RM3 juta dan sekelip mata bergelar jutawan pada hari tu.

“Nampak? Tak salah pun dengar nasihat isteri”

Bagi Cheng, dia mengakui mendengar nasihat isterinya pada hari itu adalah antara keputusan terbaik yang pernah dibuatnya.

“Mendengar nasihat isteri saya benar-benar membawa hasil!”

“Saya juga akan menggunakan wang itu untuk masa depan anak-anak saya.”

Dengan RM3 juta dalam tangan, ramai di antara kita akan mempunyai pelbagai idea tentang cara menggunakan wang tersebut. Cheng bagaimanapun berkata bahawa beliau tidak akan hidup mewah atau berbelanja untuk sesuatu yang mewah.

Sebaliknya, Cheng memberikan wang itu kepada isterinya untuk simpanan bagi pihaknya.

Baca lagi artikel terkini:

Tujuh Kesalahan Utama Lalu Lintas Tidak Dibenarkan Kompaun Sempena OPS Aidilfitri
Minuman ‘T20’ Untuk Hidangan Raya, Ini Resipi Air Keladi Aiskrim Vanilla
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Minuman 'T20' Untuk Hidangan Raya, Ini Resipi Air Keladi Aiskrim Vanilla Minuman ‘T20’ Untuk Hidangan Raya, Ini Resipi Air Keladi Aiskrim Vanilla
Next Article Mulai 19 - 20 April 2023, Ini Senarai Lokasi Jualan Rahmah Aidilfitri Di Sekitar Sarawak Mulai 19 – 20 April 2023, Ini Senarai Lokasi Jualan Rahmah Aidilfitri Di Sekitar Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?