• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tujuan Lawatan Sosial Dibenarkan, Kerajaan Negeri Luluskan Kemasukan Ke Sabah Mulai Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
1 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Rentas negeri Sabah dibenarkan mulai hari ini.

Tujuan Lawatan Sosial Dibenarkan, Kerajaan Negeri Luluskan Kemasukan Ke Sabah Mulai Hari Ini. Dilaporkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah membenarkan semua individu warganegara Malaysia yang lengkap dua dos vaksinasi masuk ke negeri tersebut atas tujuan lawatan sosial.

Tujuan Lawatan Sosial Dibenarkan, Kerajaan Negeri Luluskan Kemasukan Ke Sabah Mulai Hari Ini
Tujuan Lawatan Sosial Dibenarkan, Kerajaan Negeri Luluskan Kemasukan Ke Sabah Mulai Hari Ini

Terdapat syarat yang perlu dipatuhi bagi kemasukan ke Sabah

Di samping itu kerajaan Sabah juga memutuskan tiada lagi keperluan untuk mendapatkan kelulusan kemasukan daripada kerajaan negeri Sabah dan Polis Diraja Malaysia untuk mereka yang bukan berasal dari Sabah bermula hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun terdapat syarat yang perlu dipatuhi bagi kemasukan ke Sabah iaitu lengkap menerima vaksin COVID-19, keputusan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) negatif tiga hari sebelum perjalanan. dan juga perlu mengisi borang Health Declaration Form (eHDF).

Kanak-kanak yang berusia 12 tahun sehingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin juga dibenarkan masuk ke Sabah.  Manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun, perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.

Tujuan Lawatan Sosial Dibenarkan, Kerajaan Negeri Luluskan Kemasukan Ke Sabah Mulai Hari Ini

Sertakan bukti status lengkap divaksin

Beliau berkata, bagi pengembara domestik pelepasan kuarantin bagi individu yang berstatus lengkap divaksin apabila tiba di Sabah, keputusan negatif ujian COVID-19 perlu disahkan oleh klinik atau makmal berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa, individu yang memasuki Sabah perlu menyertakan bukti status lengkap divaksin ketika berada di penilaian risiko pintu masuk negeri ini. Sekiranya disahkan bergelaja, maka akan diarahkan menjalani kuarantin wajib di rumah.

Bagi yang belum menerima vaksin atau belum lengkap vaksin pula, jika keputusan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) negatif individu tersebut masih perlu menjalani kuarantin slama 10 hari.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing Meninggal Dunia
Next Article Semua Pusat Hiburan Keluarga Dan Karaoke Di Sarawak Dibuka Semula Esok Semua Pusat Hiburan Keluarga Dan Karaoke Di Sarawak Dibuka Semula Esok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?