Penemuan mengejutkan, ikan paus gergasi di Sri Aman
Tular Bangkai Ikan Paus Ditemui Di Pulau Seduku Sri Aman Raih Perhatian Ramai. Satu hantaran tular di media sosial mengenai bangkai seekor ikan paus dijumpai di Pulau Seduku berhampiran Kampung Bakong, Sri Aman.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, individu yang memuat naik video tersebut menyatakan bahawa ini adalah pertama kalinya kejadian sedemikian berlaku di kawasan tersebut.

Dalam video itu, seorang lelaki dalam rakaman suara menyatakan bangkai ikan paus itu lebih besar daripada bot miliknya.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mencadangkan supaya Muzium Sarawak mengambil perhatian terhadap penemuan ini.
Bagaimanapun, video tersebut tidak menyatakan bila penemuan itu berlaku atau spesies ikan paus apakah yang ditemui.

