• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tular Di Amerika Dakwaan Rapper Terkenal ‘Tupac Shakur’ Masih Hidup Kini Menetap Di Malaysia

Oleh
ILB - AI
18 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Lagenda hiphop masih hidup?

Tular Di Amerika Dakwaan Rapper Terkenal ‘Tupac Shakur’ Masih Hidup Kini Menetap Di Malaysia. Setelah 26 tahun industri muzik antarabangsa digemparkan dengan kematian Tupac Shakur, kini timbul pelbagai spekulasi dan konspirasi katanya penyanyi rap itu masih hidup.

Terdahulu, Tupac telah mati dibunuh pada tahun 1996 sewaktu dalam perjalanan menyaksikan perlawanan tinju antara Mike Tyson dan Bruce Seldon di Las Vegas namun ditembak oleh pemandu yang tak dikenali.

Lapor Lad Bible, pada 2018 anak kepada penerbit muzik, Suge J. Knight pernah bekerjasama dengan rapper lagenda itu dan mendakwa Tupac masih hidup dan kini menetap di Malaysia.

Tular Di Amerika Dakwaan Rapper Terkenal 'Tupac Shakur' Masih Hidup Kini Menetap Di Malaysia
Tular Di Amerika Dakwaan Rapper Terkenal ‘Tupac Shakur’ Masih Hidup Kini Menetap Di Malaysia

Katanya kini berada di Malaysia

Knight Jr. menerusi dakwaannya menyatakan bahawa Tupac sebenarnya masih hidup kemudian menyiarkan beberapa teks untuk menyokong dakwaan itu.

Dia turut menyiarkan foto Tupac bersama pemuzik hiphop terkenal seperti 50 Cent dan Beyonce, lalu dia juga memberitahu pengikutnya bahawa Tupac kini tinggal di Malaysia.

Knight Jr. sekali lagi pada 2019 mempertahankan dakwaan itu dan memuat naik satu dakwaan bahawa Tupac telah kembali ke studio dengan hasil muzik baharu pada masa akan datang.

Anak Suge Knight mendakwa Tupac masih hidup. Kredit foto: LadBible

Tupac atau nama sebanarnya Tupac Amaru Shakur, dilahirkan di Lesane parish Crooks pada 16 Jun 1971. Dikenali sebagai 2Pac atau Makaveli, beliau dianggap sebagai penyanyi hihop paling berpengaruh sepanjang zaman.

Sehingga kini, masih tiada bukti kukuh mengatakan Tupac masih hidup yang kini menetap di malaysia seperti didakwa oleh Knight Jr.

Cuti dah dekat, jom checkout tempat menarik di sekitar Kuching:

Luang Masa Hujung Minggu, 5 Tempat Dating Di Kuching Yang Anda Wajib Singgah
https://www.iloveborneo.my/camping-dengan-suasana-yang-lebih-tenang-dan-privasi-hanya-di-sampadi-family-hideout-lundu/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kesemua Tuduhan Ke Atas Cikgu Fadli Digugurkan Kesemua Tuduhan Ke Atas Cikgu Fadli Digugurkan, Netizen Tarik Nafas Lega
Next Article Sarawak Kini Menjadi Pembekal Tenaga Terbesar Di Malaysia Dan Kalimantan Sarawak Kini Menjadi Pembekal Tenaga Terbesar Di Malaysia Dan Kalimantan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?