• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Gambar Cicak Dalam Tin, Syarikat Pengeluar Buat Laporan Polis Terhadap Gadis Miri Ini

Oleh
Nazihah AN
13 Februari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Gambar Cicak Dalam Tin, Syarikat Pengeluar Buat Laporan Polis Terhadap Gadis Miri Ini

Gadis itu sempat memadam post tersebut setelah syarikat membuat laporan polis.

Tular Gambar Cicak Dalam Tin, Syarikat Pengeluar Buat Laporan Polis Terhadap Gadis Miri Ini. Syarikat air minuman dalam tin tersebut telah bertindak untuk membuat laporan polis setelah mengetahui isu yang tular berkenaan dengan minuman milik syarikat itu sendiri. Air minuman tersebut merupakan air minuman kegemaran ramai terutamanya buat penduduk Sarawak.

Baru-baru ini telah tular satu kongsian disertakan gambar di laman Facebook milik gadis berasal dari Miri, namun sempat dipadam oleh gadis tersebut (pemilik akaun). Dalam satu kongsian itu telah memaparkan bangkai cicak di atas air minuman dalam tin. Gadis tersebut juga telah mendakwa dirinya terminum air minuman dalam tin mengandungi bangkai cicak.

Tular Gambar Cicak Dalam Tin, Syarikat Pengeluar Buat Laporan Polis Terhadap Gadis Miri Ini
Tular Gambar Cicak Dalam Tin, Syarikat Pengeluar Buat Laporan Polis Terhadap Gadis Miri Ini

“Allahu, sedih cerita hari ni. Ini pertama kalinya sis kena macam ni selalunya tengok orang lain post yang dalam makanan ada cicak, kali ini sis sendiri yang kena. Risau je jadi cicak girl lepas ni. Dah habis air diminum baru perasan ada cicak, nak muntah balik pun dah tak dapat. Dan air ni pun first time sis cuba, serik dah nak minum air dalam tin lagi. Buat korang yang suka minum air dalam tin tu boleh guna gelas minum, takut ada sebarang serangga masuk dalam air tu, haha serik siakkk”

Kongsian gadis tersebut di laman Facebook sebelum dipadam.

Netizen merasa ragu-ragu dengan dakwaan gadis tersebut

Netizen di ruangan komen dan kongsian pada mulanya hampir percaya dengan dakwaan gadis tersebut namun bila diteliti lagi sekali pada gambar yang telah dimuat naik gadis tersebut, ianya tidak menunjukkan apa-apa kesan terhadap cicak tersebut, seolah-olah bangkai tersebut masih ‘baru’.

Setelah gambar tersebut tular sehingga sampai ke pihak syarikat itu sendiri, mereka terlebih dahulu menghantar mesenger sebanyak dua kali kepada gadis tersebut untuk mengetahui keterangan lanjut berkenaan dengan minuman itu, namun tiada balasan.

Setelah tiada mendapat apa-apa balasan dari gadis tersebut, syarikat ini bertindak untuk membuat laporan polis terhadap gadis tersebut atas dakwaan yang telah dibuat gadis itu di laman Facebook boleh menjejaskan perniagaan syarikat mereka.

Tular Gambar Cicak Dalam Tin, Syarikat Pengeluar Buat Laporan Polis Terhadap Gadis Miri Ini
Tular Gambar Cicak Dalam Tin, Syarikat Pengeluar Buat Laporan Polis Terhadap Gadis Miri Ini. Sumber gambar : FB

Melalui kongsian milik syarikat ini juga, mereka turut menekankan bahawa mereka sangat ketat dengan sistem pengurusan dalam keselamatan makanan. Bahkan, syarikat itu sendiri telah mendapat sijil peneraju industri Malaysia.

“Oleh itu, kes cicak mati ini tidak mungkin berlaku dalam proses kami. Kami sentisa mengamalkan kawalan kualiti dan jaminan kualiti pada setiap masa”
Menurut syarikat tersebut di laman Facebook rasmi mereka.

Lagi di sini:

Beli Belah Di Atas Talian

Dapatkan barangan menarik dari Sarawak terus dari Sarawak Digital Mall

Dapatkan Sekarang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ular ‘Naik’ Kapal Terbang! Pesawat Ke Tawau Terpaksa Buat Pendaratan Cemas Di Airport Kuching
Next Article Nasi Berlauk Resepi Asli Dari Kelantan, Nasi Abe Original Kini Berada Di Waterfront Kuching!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?