• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan

Oleh
Nazihah AN
5 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan

‘Rupa-rupanya ia sekadar marketing murahan’ – netizen

Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan. Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video sebuah Perodua Aruz yang diconteng dengan kata-kata janda sekaligus meraih perhatian ramai di Bukit Bintang.

Dalam perkongsian video tersebut, kereta Perodua Aruz diconteng dengan perkataan berunsur kejian seperti ‘Kaki Janda’ dan ‘Jantan Tak Guna’ sehingga menarik perhatian orang ramai. Pada mulanya membuatkan ramai menyangkakan si penconteng pastinya seorang isteri yang sudah tidak tahan dengan sikap suaminya yang terlalu gilakan wanita lain yang bersatus janda.

Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan
Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan. Sumber: Tiktok

‘Jijiknya marketing macam ni. Malu kan sebahagian dari iman. Malu dah tak ada.’ -netizen

Namun berdasarkan hasil selidik netizen, ternyata itu semua hanyalah taktik ‘marketing’ murahan yang digunakan oleh satu jenama vape tempatan. Ini kerana jelas terpampang satu jenama sebuah syarikat pengeluar flavour vape yang terselit di antara contengan pada kereta tersebut.

Perkongsian tersebut turut mencetuskan rasa kurang senang netizen apabila jenama tersebut bukan sahaja menggunakan ‘marketing’ murahan malah turut menghina dan merendah-rendahkan golongan janda.

Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan
Sumber: Tiktok

Tular kenderaan diconteng sangkakan suami gila janda

Beberapa pengguna kemudiannya turut berkongsikan tangkap layar promosi yang digunakan syarikat tersebut di mana mereka menggunakan tanda pagar seperti Jantan Tak Guna, Pembela Janda, dan lain-lain yang dilihat berkait dengan contengan pada kereta tersebut dalam mempromosikan satu perisa vape baharu.

Hasil semakan kami di Facebook, rupanya syarikat tersebut telah mengeluarkan satu teaser di mana mereka bakal mengeluarkan perisa baharu. Tidak hanya itu kami berjaya menemui perisa lain yang dimaksudkan dan jelas nama perisa vape itu sendiri memang menggunakan salah satu perkataan pada contengan tersebut.

Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan
Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan. Sumber: Facebook
Tular Kenderaan Diconteng Sangkakan Suami Gila Janda, Rupanya Marketing Vape Jenama Tempatan
Sumber: Facebook

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Barulah Sarawak, Perarakan Krismas Di Miri Henti Seketika Azan Berkumandang Buat Netizen Bangga Ini Barulah Sarawak, Perarakan Krismas Di Miri Henti Seketika Azan Berkumandang Buat Netizen Bangga
Next Article Kanak-Kanak Maut Akibat Sirap Ubat Batuk Tercemar, Sedozen Keluarga Di Indonesia Saman Kerajaan Indonesia Kanak-Kanak Maut Akibat Sirap Ubat Batuk Tercemar, Sedozen Keluarga Di Indonesia Saman Kerajaan Indonesia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?