• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Luahan Individu Dapat Layanan Doktor Biadap Di Daro, Enggan Terima Maaf Dan Tuntut Tindakan KKM

Oleh
ILB - AI
17 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Lumrah tugas barisan hadapan untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah orang awam

Tular Luahan Individu Dapat Layanan Doktor Biadap Di Daro, Enggan Terima Maaf Dan Tuntut Tindakan KKM. Menjadi anggota barisan hadapan ini, menjadi lumrah dan tugas utama mereka untuk berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan atau orang awam. Begitu juga sebaliknya.

Menjadi orang awam yang memerlukan khidmat daripada anggota barisan hadapan ini juga bukanlah satu perkara yang asing kerana orang awam juga berurusan dengan pelbagai perwatakan setiap individu yang bertugas sebagai barisan hadapan.

Tular Luahan Individu Dapat Layanan Doktor Biadap Di Daro, Enggan Terima Maaf Dan Tuntut Tindakan KKM
Tular Luahan Individu Dapat Layanan Doktor Biadap Di Daro, Enggan Terima Maaf Dan Tuntut Tindakan KKM. Sumber gambar: FB Ohh Hanaa

Individu luah kekesalannya apabila anak saudara dan adiknya mendapat layanan yang teruk seorang doktor di Daro

Namun, menjadi anggota barisan hadapan yang menyediakan khidmat kepada orang awam seharusnya kita memiliki sikap profesional dan memberi layanan yang terbaik dan sama rata kepada semua agar tidak menjadi isu seperti yang berlaku di Daro, Sarawak.

Telah tular satu luahan yang diunggah di media sosial apabila individu tersebut meluahkan kekesalannya apabila anak saudara dan adiknya mendapat layanan yang teruk daripada seorang doktor yang bertugas.

Menurut luahannya, dia merasa sangat terkilan dengan kata-kata kasar yang dilontarkan oleh seorang doktor yang bertugas. Baginya kata-kata tersebut agak biadap keluar daripada mulut seorang individu yang terpelajar dan kita berekspektasi bahawa cara pertuturan seorang doktor juga selari dengan aras pendidikannya.

Tular Luahan Individu Dapat Layanan Doktor Biadap Di Daro, Enggan Terima Maaf Dan Tuntut Tindakan KKM. Sumber gambar: FB Ohh Hanaa

Tuntut tindakan daripada KKM, tidak mahu permohonan maaf sahaja untuk jadi pengajaran dan juga banyak orang awam sudah terkena dan kejadian ini berulang

Pada mulanya, adik individu tersebut telah meluah kejadian yang dialaminya. Lalu, ada beberapa buah komen dan postingan daripada orang awam yang tinggal di Daro juga meluahkan kerana mengalami hal yang sama.

Tular Luahan Individu Dapat Layanan Doktor Biadap Di Daro, Enggan Terima Maaf Dan Tuntut Tindakan KKM
Sumber gambar: FB Ohh Hanaa

Jadi, apabila berlakunya kejadian tersebut, individu ini tidak mahu bertindak untuk memadam perkongsiannya seperti yang diminta kerana bukan hanya sekadar permohonan maaf yang dimahukan kalau terus-menerus mengulangi hal yang sama.

Tetapi, individu ini juga mahukan tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada doktor tersebut daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal ini dituntut kerana boleh dijadikan pengajaran kepada bakal doktor-doktor muda yang lain.

Bahkan, dengan luahan daripada orang awam yang lain turut menjadi bukti bahawa bukan anak saudara dan adiknya sahaja yang berhadapan dengan layanan kasar doktor tersebut.

Mungkin seorang doktor menghadapi tekanan dalam pekerjaannya tersendiri yang tidak kita ketahui tetapi menjadi profesional dalam memberi khidmat kepada orang awam tanpa melibatkan masalah peribadi dan emosi adalah sangat dituntut.

Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Boleh baca artikel selanjutnya yang berkaitan dengan tugas barisan hadapan di Malaysia:

[VIDEO] Tular Lelaki Tunjuk Gari Cuba Menakutkan Kanak-Kanak Kini Dicari Polis
Tular Rusuhan Depan Kelab Di Bintulu, Suspek Kini Dikehendaki Polis
SUMBER :FB Ohh Hanaa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Selipar Terpakai Milik Pengasas Apple Dilelong Hampir 1 Juta Tular Selipar Terpakai Milik Pengasas Apple Dilelong Hampir 1 Juta
Next Article Masih Tiada Tindakan Sewajarnya, Keadaan Sekolah Daif Di Kapit Ini Buat Netizen Prihatin Masih Tiada Tindakan Sewajarnya, Keadaan Sekolah Daif Di Kapit Ini Buat Netizen Prihatin

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?