• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Tular Majlis Pengebumian Buat Cabutan Bertuah, Tetamu ‘Menang Besar’ Terima Hadiah RM26K

Oleh
Aina Musa
20 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Majlis Pengebumian Buat Cabutan Bertuah, Tetamu 'Menang Besar' Terima Hadiah RM26K

Buat cabutan bertuah bagi meraikan tetamu

Tular Majlis Pengebumian Buat Cabutan Bertuah, Tetamu ‘Menang Besar’ Terima Hadiah RM26K. Satu majlis pengebumian di Buriram, Thailand telah menarik perhatian orang ramai kerana menawarkan hadiah berupa 1.5 tan beras dan lima ekor lembu kepada tetamu yang bertuah.

Majalah Thaiger melaporkan bahawa majlis pengebumian itu berlangsung di Wat Pa Non-Somboon untuk menghormati seorang wanita bernama Wun Chongchaingam yang berusia 92 tahun.

Tular Majlis Pengebumian Buat Cabutan Bertuah, Tetamu 'Menang Besar' Terima Hadiah RM26K
Tular Majlis Pengebumian Buat Cabutan Bertuah, Tetamu ‘Menang Besar’ Terima Hadiah RM26K. Kredit: Kosmo

Rata-rata penduduk kampung telah menghadiri majlis tersebut untuk memberikan penghormatan dan mencuba nasib untuk memenangi pelbagai hadiah bernilai hingga 200,000 baht (RM26,570).

Pelbagai hadiah menarik telah disediakan oleh tuan rumah

Empat ekor lembu telah diberikan kepada individu miskin dari empat kampung yang berbeza, manakala seekor lagi lembu menjadi hadiah istimewa dalam acara cabutan bertuah. Tetamu sebelumnya telah mendapatkan nombor cabutan melalui beg beras yang mereka terima.

Tular Majlis Pengebumian Buat Cabutan Bertuah, Tetamu 'Menang Besar' Terima Hadiah RM26K

Selain lembu, penganjur majlis tersebut juga telah menyediakan lebih daripada 700 kampit beras, masing-masing beratnya 2 kilogram sebagai hadiah kepada tetamu yang hadir.

Jakkrit Chongchaingam, 57 tahun, anak bongsu Wun, berkongsi bahawa mendiang ibunya telah mengajarinya dan kepada tujuh adik-beradiknya tentang prinsip ‘lebih banyak memberi, lebih banyak menerima’.

Ketika Wun meninggal dunia, Jakkrit dan empat adik-beradiknya yang lain memutuskan untuk menganjurkan upacara pengebumian secara bukan konvensional dengan menjadikan beras dan lembu sebagai sedekah untuk menghormati didikan ibu mereka.

Baca lagi artikel menarik:

Netizen ‘Kantoikan’ No Plat McLaren Bukan Kepunyaan Opai, Rupanya Milik Orang Sarawak
‘Selamba Badak’ Lawan Arus Di Lorong Laju Di Saratok, Hailak Plat ‘W’ Ini Undang Kecaman Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Selamba Badak' Lawan Arus Di Lorong Laju Di Saratok, Hailak Plat 'W' Ini Undang Kecaman Netizen ‘Selamba Badak’ Lawan Arus Di Lorong Laju Di Saratok, Hailak Plat ‘W’ Ini Undang Kecaman Netizen
Next Article Buat Konten Selongkar Beg Sekolah, Cikgu Popular Di Tiktok Dikecam Tak Jaga Privasi Anak Murid

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?