I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tular Menari Atas Pinggan Kaca Di TikTok, Ketahui Tarian Tradisional Piring Minangkabau
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Menari Atas Pinggan Kaca Di TikTok, Ketahui Tarian Tradisional Piring Minangkabau

Oleh Husna Hazmi 26 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Memang profesional betul penari dalam video ni, siap boleh senyum lagi.

Tular Menari Atas Pinggan Kaca Di TikTok, Ketahui Tarian Tradisional Piring Minangkabau. Baru-baru ini, tular di Tiktok sebuah video dikongsi oleh akaun Angeliee, seorang wanita yang menari di atas pinggan kaca pecah. Kaki penari wanita yang tidak beralaskan apa-apa itu benar-benar memijak serpihan-serpihan kaca telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Mendapat 3.4 juta tontonan, di dalam video tersebut kelihatan 5 orang penari sedang menari membawa dua piring (satu piring sebelah tangan) dan seorang penari wanita berada di depan menari sambil memecahkan pinggan yang dipegangnya lalu menari di atas serpihan kaca yang berada di lantai tersebut.

@angeelie_

Tari piriang#minangkabau

♬ suara asli – Angeliee – Angeliee

Video membalas kepada komen pula mendapat 11.3 juta tontonan

Tidak habis di situ sahaja, akaun TikTok yang berkongsi video tersebut juga turut membalas satu komen yang berkata ‘sebelum main, kakinya di beri minyak’. Dia membalas komen tersebut dengan videonya yang juga turut tular 11.3 juta tontonan menunjukkan dirinya di hospital bersama seorang doktor yang kelihatan sedang mencabut serpihan kaca di kakinya.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi daripada netizen ada yang kagum dan ada juga yang berasa takut kerana perkara tersebut boleh mengundang kecederaan parah pada kaki penari tersebut.

@angeelie_

Membalas @akmal_nurdin3 #minangkabau

♬ suara asli – Angeliee – Angeliee

Ketahui serba sedikit mengenai tarian tradisional ini

Jadi kali ini, mari kita ketahui serba sedikit mengenai tarian tradisional yang amat unik ini.

Tarian Piring merupakan tarian tradisional yang berasal dari orang Minangkabau dan terdapat juga yang berkata tarian ini berasal dari Solok, Sumatera Barat. Tarian ini merupakan persembahan menari menggunakan piring dipegang di telapak tangan dan ia akan dihayunkan mengikut alunan muzik yang dimainkan.

Gerakan tarian piring ini diambil dari gerakan silat Minangkabau atau disebut sebagai silek. Tarian ini biasanya dipersembahkan untuk menyambut tetamu kehormat dan ia merupakan antara tarian yang paling popular di Indonesia.

Tular Menari Atas Pinggan Kaca Di TikTok, Ketahui Tarian Tradisional Piring Minangkabau
Tular Menari Atas Pinggan Kaca Di TikTok, Ketahui Tarian Tradisional Piring Minangkabau

Dipersembahkan pada majlis pernikahan

Selaras dengan perubahan masa, tarian piring ini kini juga dipersembahkan pada majlis pernikahan, acara adat dan sebagai persembahan menyambut tetamu.

Tarian piring ini mempunyai 20 gerakan berbeza yang akan dibawa oleh penari. Pada akhir persembahan tarian piring ini, anda akan melihat penari memecahkan piringnya dan kemudian menari di atas serpihan kaca piring yang pecah tersebut.

Pasti ramai yang hairan adakah selamat untuk penari tersebut menari atas serpihan kaca? Ada yang mengatakan penari tidak akan cedera kerana terdapat upacara yang tertentu dilakukan dahulu dan ada juga yang berkata penari akan cedera namun mereka sudah dilatih dan adalah profesional.

Diharap agar tarian piring yang unik ini akan kekal dan boleh diwarisi oleh orang-orang muda generasi kini.

Lagi di sini kisah menarik buat anda:

SUMBER : Gramedia Blog
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelawak Shuib Sepahtu Tanya Pendapat Buka Cawangan Bubblebee di Sarawak, Ini Reaksi Netizen Pelawak Shuib Sepahtu Tanya Pendapat Buka Cawangan Bubblebee di Sarawak, Ini Reaksi Netizen
Next Article Lumba Haram Motosikal Di Atas Jalan, Dua Remaja Pula Jadi Mangsa Kemalangan Di Miri Lumba Haram Motosikal Di Atas Jalan, Dua Remaja Pula Jadi Mangsa Kemalangan Di Miri

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?