• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Penipuan Peniaga Jual Murah ’Bouquet’ Di Kuching, Ramai Luah Perkara Yang Sama

Oleh
ILB - AI
11 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Hasilkan bouquet tidak mudah dan murah

Tular Penipuan Peniaga Jual Murah ’Bouquet’ Di Kuching, Ramai Luah Perkara Yang Sama. Lumrah orang kita kalau nak buat kejutan untuk hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan ataupun sekadar untuk menghargai orang tersayang sememangnya pemberian hadiah seperti ’bouquet’ adalah pilihan yang mudah dan trend masa kini.

Namun, untuk menghasilkan sebuah bouquet tidaklah semudah dan semurah yang disangka. Banyak kos harus dititikberatkan oleh peniaga atau dikenali sebagai surprise planner.

Ramai Luah Perkara Yang Sama

Modus jual murah, tarik pelanggan ramai dan batalkan tempahan saat akhir

Sebuah akaun Facebook, Kacak Deco telah berkongsi gambar tangkapan skrin tentang luahan ketidakpuasan hati pelanggan tentang seseorang individu yang berniaga membuat bouquet di Kuching tetapi pada akhirnya pelanggan merasakan seperti ditipu.

Menurut perkongsian tersebut, modus operandi yang digunakan oleh peniaga tersebut adalah dengan melakukan promosi harga murah untuk sebuah bouquet. Sudah pasti ini adalah satu taktik atau strategi untuk mendapatkan pelanggan.

Ramai Luah Perkara Yang Sama
Tular Penipuan Peniaga Jual Murah ’Bouquet’ Di Kuching, Ramai Luah Perkara Yang Sama. Sumber gambar: FB Kacak Deco

Namun, setelah tempahan telah dibuat, peniaga seolah-olah sengaja membatalkan tempahan pelanggan pada saat-saat akhir hanya menggunakan alasan tersalah catat tarikh tempahan. Bukan itu sahaja, peniaga juga berjanji mengatakan akan memulangkan wang pelanggan yang sudah membuat tempahan.

Hanya sekadar janji manis dan mungkin ini juga boleh dikatakan seperti modus untuk menjaga kos penyediaan bouquet murah atau pemusingan modal peniaga.

Ramai kongsi alami pengalaman yang sama malah ada sehingga disekat peniaga

Namun, disebalik promosi harga murah ini difahamkan ramai pelanggan berkongsi mengalami hal yang sama dimana mereka sudah menjadi mangsa penipuan peniaga dengan modus operandi yang sama.

Ramai Luah Perkara Yang Sama
Tular Penipuan Peniaga Jual Murah ’Bouquet’ Di Kuching, Ramai Luah Perkara Yang Sama. Sumber gambar: FB Kacak Deco

Malah, ada segelintir netizen berkongsi kejadian yang sama dimana pada akhirnya mereka disekat oleh peniaga tersebut.

Memang pada masa kini, ekonomi negara kita masih dirasakan seperti belum cukup stabil. Tetapi, jika kita melakukan sesuatu perniagaan biarlah dengan cara yang betul dan percaya kepada rezeki masing-making.

Dengan keadaan ekonomi sekarang, banyak anak muda yang mula menceburi bidang perniagaan dan boleh baca artikel menarik tentang perniagaan mereka dibawah:

Pelanggan Wanita Ini Minta Tiktoker Sarawak Kongsi Wangian Serupa Tuala Wanita
Ambil Inisiatif Untuk Berhijrah Ke Johor, Anak Sarawak Ini Kini Memiliki Perniagaan Sendiri
SUMBER :FB Kacak Deko
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rai Hari Lahir Pembantu Rumah Walaupun Berbeza Bangsa, Netizen Puji Tiktoker Dari Kuching Ini Rai Hari Lahir Pembantu Rumah Walaupun Berbeza Bangsa, Netizen Puji Tiktoker Dari Kuching Ini
Next Article Sabah, Sarawak Jadi Antara Lokasi Untuk Menyaksikan Fenomena Cerapan Juraian Meteor Orionids

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?