• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Sikap Biadap Pelanggan ‘Sentuh’ Makanan Tanpa Dibeli, Cetus Rasa Amarah Netizen

Oleh
ILB - AI
14 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

“Customer Always Right” bukan tiket untuk bertindak sesuka hati

Tular Sikap Biadap Pelanggan ‘Sentuh’ Makanan Tanpa Dibeli, Cetus Rasa Amarah Netizen. Siapa sahaja tak naik angin kalau barang jualan mereka dilakukan sedemikian rupa. Itulah sumber rezeki mereka mencari pendapatan tetapi rosak kerana sikap segelintir pelanggan.

Sememangnya dalam bidang jual-beli, kita sering mendengar istilah “Customer Always Right”. Tetapi, ini bukan tiket untuk pelanggan melakukan sesuatu sewenang-wenangnya terhadap peniaga.

Cetus Rasa Amarah Netizen
Tular Sikap Biadap Pelanggan ‘Sentuh’ Makanan Tanpa Dibeli, Cetus Rasa Amarah Netizen. Sumber gambar: BABEL

Sikap biadap pelanggan sentuh makanan yang dijual tanpa membeli, malah digenggam dan dipicit

Satu sikap yang sepertinya mula menjadi kebiasaan dalam kalangan pelanggan apabila mereka menyentuh sesuatu makanan namun tidak berhasrat untuk membeli makanan yang sudah disentuh tersebut.

Bahkan, lagi teruk apabila mereka menggenggam dan memicit makanan tersebut atas alasan untuk memastikan makanan tersebut masih panas atau tidak untuk makanan bergoreng.

Cetus Rasa Amarah Netizen
Tular Sikap Biadap Pelanggan ‘Sentuh’ Makanan Tanpa Dibeli, Cetus Rasa Amarah Netizen. Sumber gambar: FB Mrfrancisngu Hownhua

Hal ini menunjukkan kurangnya sivik dalam diri pelanggan tersebut kerana perbuatan tersebut bukan sahaja merosakkan barang jualan peniaga malah hal ini menjejaskan kebersihan jualan mereka.

Cetus amarah netizen yang pernah hadapi masalah yang sama

Oleh kerana sikap ini telah mula tular di media sosial, banyak netizen mula menunjukkan rasa amarah mereka kerana ada segelintir mereka merupakan seorang peniaga dan pernah menghadapi permasalahan yang sama.

Cetus Rasa Amarah Netizen
Tular Sikap Biadap Pelanggan ‘Sentuh’ Makanan Tanpa Dibeli, Cetus Rasa Amarah Netizen. Sumber gambar: FB Mrfrancisngu Hownhua

Kalau boleh sebagai pelanggan, kita kena bertimbang-rasa bukan sahaja terhadap peniaga malah kepada pelanggan yang lain yang akan membeli jualan yang sama. Yang pasti, kalau kita diperlakukan sedemikian rupa pasti kita turut merasa marah juga, bukan?

Maka, jadilah pengguna yang bijak.

Baca cerita selanjutnya di dalam artikel seterusnya untuk mengetahui tempat makan menarik:

Port Makan Kegemaran Ramai, Nikmati Nasi Ayam Legend Kuching Di Joo Seng Cafe
Nikmati Gabungan Kopi Beraroma Bersama Kuih Nyonya Di ‘Kuih And Beans’ Padungan
SUMBER :BABELFB Mrfrancisngu Hownhua
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Julung Kalinya, Perarakan Krismas Terbesar Akan Diadakan Di Miri 3 Disember Ini
Next Article Yummy Express Di Farley Kuching, Kini Chicago 7 Dan SCR Boleh ‘Drive Thru’ Sahaja

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?