• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Warga Emas Tersadai Di Tepi Jalan, Tindakan Pantas Abang Grab Di Sabah Ini Terima Pujian Netizen

Oleh
Nazihah AN
5 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Warga Emas Tersadai Di Tepi Jalan, Tindakan Pantas Abang Grab Di Sabah Ini Terima Pujian Netizen

Semoga murah rezeki abang!

Tular Warga Emas Tersadai Di Tepi Jalan, Tindakan Pantas Abang Grab Di Sabah Ini Terima Pujian Netizen. Walaupun ada kerja kena hantarkan pesanan pelanggan, abang grab ini tetap membantu warga emas yang pengsan di tepi jalan di kala jalan sibuk.

Tindakan abang grab di Sabah yang sanggup patah balik untuk menolong warga emas yang menggunakan tongkat terjatuh di tepi jalan ini telah meraih perhatian dan pujian dari netizen seluruh Malaysia.

Tular Warga Emas Tersadai Di Tepi Jalan, Tindakan Pantas Abang Grab Di Sabah Ini Terima Pujian Netizen
Tangkapan layar dari video FB Odie Stunter

Lelaki tua tersebut kelihatan takut untuk melintas jalan yang agak sesak

Menerusi perkongsian klip video di laman sosial Facebook yang kini tular, seorang pengguna Odie Stunter telah memuat naik satu video menunjukkan seorang rider Grab sedang dalam perjalanan untuk menghantar pesanan kepada pelanggannya.

Pemilik akaun FB dan juga abang grab tersebut, Mohd Sazwandi Sumarti, 26 tahun telah memuat naik video klip tersebut pada hari Sabtu lepas, dan telah meraih perhatian netizen sebanyak 7.9K kali tontonan dan 328K jumlah tontonan yang telah dikongsikan oleh pihak media.

Tonton video penuh di bawah:

Tular Warga Emas Tersadai Di Tepi Jalan, Tindakan Pantas Abang Grab Di Sabah Ini Terima Pujian Netizen
Tular Warga Emas Tersadai Di Tepi Jalan, Tindakan Pantas Abang Grab Di Sabah Ini Terima Pujian Netizen

Abang Grab tergerak hati patah balik untuk lihat keadaan lelaki tua tersebut

Dipetik dari Daily Express, ketika dihubungi oleh pihak media dia berkata bahawa dia ternampak lelaki tua dengan bertongkat kaki empat (walking frame) itu mahu melintas jalan di bawah jejambat Lido semasa abang grab tersebut dalam perjalanan untuk menghantar makanan dari Lintas ke Cybercity.

Dalam perjalanan, dia tergerak hati untuk patah balik dan membuat pusingan U, terkejut melihat lelaki tua tersebut sudah tersungkur di bahu jalan. Lelaki tersebut kemudian bergegas membantu warga emas tersebut bersama 3 orang lagi rider ke tempat kejadian.

Mereka kemudian menghubungi pihak ambulans untuk membawa warga emas tersebut ke hospital untuk rawatan lanjut.

Tular Warga Emas Tersadai Di Tepi Jalan, Tindakan Pantas Abang Grab Di Sabah Ini Terima Pujian Netizen
Tular Warga Emas Tersadai Di Tepi Jalan, Tindakan Pantas Abang Grab Di Sabah Ini Terima Pujian Netizen. Tangkapan layar dari video FB Odie Stunter

Difahamkan juga abang grab tersebut menyatakan bahawa lelaki tua tersebut dalam perjalanan dari Klinik Luyang dan ingin balik ke rumahnya di Tg Aru Lama.

Saya lihat ada tiub air kencing terselit dalam poket dan darah mengalir dari mulutnya akibat terjatuh.”

Mohd Sazwandi atau panggilan mesranya Odie, berharap agar video yang dimuat naik dapat meningkatkan kesedaran orang ramai dan menghulurkan bantuan ketika orang dalam kesusahan.

Syabas abang grab kita!

Agak musykil dan terkejut melihat warga Amerika yang baru mengetahui tentang kewujudan sistem ini meskipun tinggal di negara yang paling berkuasa di dunia. Ketahui lebih lanjut:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Ini Tergamam Lihat Orang Amerika Teruja Lihat Parkir Sensor Bernombor
Next Article Cawangan Baru Lagi, Shihlin Taiwan Street Snacks Bakal Dibuka Di Vivacity Megamall Cawangan Baru Lagi, Shihlin Taiwan Street Snacks Bakal Dibuka Di Vivacity Megamall

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?