• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Tumpik Resepi Asli, Nikmati Menu Istimewa Ini Di Gerai Legend No.15 Pasar Tamu Bintangor

Oleh
Husna Hazmi
12 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Tumpik legend Sarawak di Bintangor.

Tumpik Resepi Asli, Nikmati Menu Istimewa Ini Di Gerai Legend No.15 Pasar Tamu Bintangor. Tumpik atau lempeng kelapa merupakan sejenis snek ringan kaum Melanau yang biasa dijadikan santapan sarapan pagi atau minum petang. Resepi asli tumpik ini dimasak menggunakan lemantak (tepung sagu) dan dimasak di atas kuali berbentuk bulat.

Di Bintangor, Sarawak, terdapat sebuah kedai makan kecil yang menjual menu istimewa ini sejak tahun 1996 lagi! Gerai No.15 Tumpik Haji Abang Saini Abg Bantin di Pasar Tamu Bintangor ini menjadi port tumpik legend kegemaran penduduk tempatan.

Tumpik Resepi Asli, Nikmati Menu Istimewa Ini Di Gerai Legend No.15 Pasar Tamu Bintangor
Tumpik Resepi Asli, Nikmati Menu Istimewa Ini Di Gerai Legend No.15 Pasar Tamu Bintangor. Sumber foto: FB Meradang Update
Tumpik Resepi Asli, Nikmati Menu Istimewa Ini Di Gerai Legend No.15 Pasar Tamu Bintangor
Sumber foto: FB Meradang Update

Amat popular dikalangan penduduk tempatan

Oleh kerana keenakan tumpik ini, orang ramai di seluruh pelosok Sarawak mengetahuinya dan ada yang sanggup datang dari jauh hanya untuk menikmati menu istimewa yang disediakan di sini.

Menyediakan Tumpik biasa dan juga special, gerai ini beroperasi setiap hari seawal jam 6 pagi dan akan tutup jika menu yang ditawarkan habis atau sold out. Menurut sumber, kini gerai tumpik ini akan tutup awal jika tumpik yang dijual habis awal kerana faktor usia. Jadi anda perlu datang awal jika ingin menikmati hidangan istimewa ini!

Tumpik Resepi Asli, Nikmati Menu Istimewa Ini Di Gerai Legend No.15 Pasar Tamu Bintangor
Sumber foto: FB Meradang Update
Tumpik Resepi Asli, Nikmati Menu Istimewa Ini Di Gerai Legend No.15 Pasar Tamu Bintangor
Sumber foto: FB Meradang Update

Tumpik legend ini membawa penduduk tempatan kembali ke zaman kanak-kanak

Buat penduduk tempatan pula, tumpik legend ini merupakan makanan yang mengimbau zaman kanak-kanak mereka dan gerai ini ada menawarkan menu ini dimasak menggunakan resepi asli.

Tumpik ini amat enak jika dimakan bersama gula apong di mana ia akan disediakan sekali jika anda memesan manu tumpik di sini. Makan tumpik ini bersama kopi panas atau teh panas di awal pagi pasti akan membuat anda rasa lebih bertenaga dan gembira!

Jadi, kalau anda ada singgah ke Bintangor, anda wajib cuba menu istimewa yang ditawarkan di Gerai No.15 Tumpik yang legend ini.

Lagi tempat makan legend di Sarawak yang anda mesti cuba di sini:

Port Makan Kegemaran Ramai, Nikmati Nasi Ayam Legend Kuching Di Joo Seng Cafe
Port Breakfast Legend Di Sarikei, Aik Seng Cafe Jadi Tempat Makan Kegemaran Penduduk Tempatan
SUMBER :FB Meradang Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article The Campers Paradise Di Kpg Jaya Bakti Kuching, Nikmati 'Overnight Fishing' Di Sini The Campers Paradise Di Kpg Jaya Bakti Kuching, Nikmati ‘Overnight Fishing’ Di Sini
Next Article Restoran Aesthetic Di Sibu, Outright Coffee Tawar Aneka Menu Lazat Untuk Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?