I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Tumpu Kepada Hak Sama Rata Bagi Rakyat Semenanjung,’ Laporan Ini Terima Pendapat Berbelah Bahagi
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

‘Tumpu Kepada Hak Sama Rata Bagi Rakyat Semenanjung,’ Laporan Ini Terima Pendapat Berbelah Bahagi

Oleh Kedung BK 25 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
'Tumpu Kepada Hak Sama Rata Bagi Rakyat Semenanjung,' Laporan Ini Terima Pendapat Berbelah Bahagi

Laporan tersebut disiarkan oleh Berita 757 mengenai hak sama rata yang perlu dikongsi oleh semua rakyat Malaysia

‘Tumpu Kepada Hak Sama Rata Bagi Rakyat Semenanjung,’ Laporan Ini Terima Pendapat Berbelah Bahagi. Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan bahawa rakyat Semenanjung Malaysia harus diberikan hak sama rata seperti rakyat Sabah dan Sarawak yang berada di semenanjung.

Ini susulan peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM1 bilion untuk menaik taraf infrastruktur di sempadan Malaysia di Sabah dan Sarawak bagi membantu mengurangkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

‘Tumpu Kepada Hak Sama Rata Bagi Rakyat Semenanjung,’ Laporan Ini Terima Pendapat Berbelah Bahagi

Kerajaan persekutuan telah memberikan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk menaik taraf infrastruktur di sempadan Malaysia Timur

Menurut laporan yang disiarkan oleh Berita 757, mereka melaporkan bahawa ADUN Kunak Norazlinah Arif menyatakan bahawa kerajaan pusat telah memperuntukkan RM1 bilion untuk menaik taraf infrastruktur di sempadan Malaysia di Sabah dan Sarawak, dengan harapan dapat membantu mengurangkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Peruntukan ini juga dilihat sebagai langkah awal yang dijangka membawa impak positif kepada Sabah dan Sarawak, serta mengurangkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

ADUN Kunak Norzalinah Arif. Kredit: Bernama

Beliau juga menambah bahawa dengan ibu negara baharu Indonesia kini sedang dibina di Kalimantan, ekonomi tempatan Malaysia Timur dijangka akan dirangsang juga.

Ketua Wanita Warisan itu turut menyatakan bahawa kerajaan harus menumpukan perhatian terhadap kegiatan pencerobohan asing yang semakin kerap di pantai Sabah dan Sarawak di sekitar laut China Selatan.

Kredit: Utusan Malaysia

“Isu layanan terhadap rakyat Semenanjung seharusnya dititikberatkan terlebih dahulu,“

Berita 757 kemudian melaporkan bahawa isu layanan terhadap penduduk Semenanjung perlu dititikberatkan terlebih dahulu kerana dilihat keadaan itu dianggap berat sebelah.

Menurut mereka, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, harus menekankan dengan isu tersebut – sekali gus membuat perubahan bagi menunjukkan semangat kebersamaan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg. Kredit: Berita Harian
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Kredit: The Star

Berita 757 sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan persekutuan harus memberikan hak yang sama kepada rakyat Malaysia di Semenanjung, seperti membenarkan mereka memasuki Malaysia Timur tanpa menggunakan pasport atau pendaftaran, serta mewujudkan peluang kepada warga Semenanjung untuk bekerja dan berniaga di Sabah dan Sarawak.

“Perjanjian tetap perjanjian,”

Laporan berita itu telah menerima pelbagai pendapat mengenai perkara itu. Sebilangan netizen bersetuju untuk layanan kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia, manakala sebilangan lagi tidak bersetuju kerana ia dianggap bertentangan dengan perjanjian MA63.

Terdapat juga beberapa netizen yang menyatakan kos harga, penghantaran barang dan lain-lain harus sama dengan yang ada di Semenanjung sebelum memikirkan hak yang sama seperti Malaysia Timur.

Antaranya seperti:

Kredit: Berita 757
Kredit: Berita 757
Kredit: Berita 757
Kredit: Berita 757
Kredit: Berita 757

Anda boleh lihat berita sepenuhnya di bawah:

@berita757

Berita 757 | Hak sama rata bagi rakyat semenanjung Rakyat semenanjung harus mendapat hak sama rata seperti rakyat Sabah dan Sarawak yang berada di semenanjung bagu mewujudkan rasa kebersamaan sebagai rakyat Malaysia. Ia seharusnya menjadi perkara utama untuk dibangkitkan sebelum kerajaan Sabah dan Sarawak memberi fokus kepada pengurangan aktiviti penyeludupan serta pemerdagangan manusia. #Berita757 #RakyatKeutamaanKami

♬ original sound – Berita 757 – Berita 757

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Komen pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Lagi di sini:

Kena Samun Dalam Perjalanan Di Kuching, Netizen Minta Pengguna Motosikal Berhati-Hati
Umpama Dalam Filem Aksi, Suspek Rusuhan Bersenjata Di Siburan Kini Diburu Polis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Pencinta Manisan, Anda Wajib Cuba Mons Bakehouse Cafe Di Northbank Tabuan Buat Pencinta Manisan, Anda Wajib Cuba Mons Bakehouse Cafe Di Northbank Tabuan
Next Article Rompak Kedai Makan Sempat Dirakam CCTV Di Kuching, Netizen Minta Waspada Dengan Kelisa Putih Rompak Kedai Makan Sempat Dirakam CCTV Di Kuching, Netizen Minta Waspada Dengan Kelisa Putih

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?