• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tun Taib Kini Terima Pemantauan Rapi Pakar Perubatan Di Kuala Lumpur

Oleh
Husna Hazmi
11 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Tun Taib dipindahkan di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan rapi

Tun Taib Kini Terima Pemantauan Rapi Pakar Perubatan Di Kuala Lumpur. Dilaporkan bahawa bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak selama 33 tahun, Tun Abdul Taib Mahmud telah disahkan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi satu kenyataan pada Sabtu malam.

Tun Taib Kini Terima Pemantauan Rapi Pakar Perubatan Di Kuala Lumpur
Tun Taib Kini Terima Pemantauan Rapi Pakar Perubatan Di Kuala Lumpur

Polis sedang menjalankan siasatan

Beliau telah menjelaskan bahawa laporan polis yanhg tersebar di media sosial sejak Ahad lalu adalah sahih dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Namun demikian, beliau berkata, siasatan berkenaan bukan membabitkan insiden bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu dilarikan, sebaliknya lebih kepada perbuatan yang mungkin boleh membahayakan kesihatan Abdul Taib.

Tun Taib Kini Terima Pemantauan Rapi Pakar Perubatan Di Kuala Lumpur

Tiada istilah bekas Yang di-Pertua Negeri dilarikan isteri

Menurut beliau, tiada istilah bekas Yang di-Pertua Negeri berkenaan dilarikan kerana yang membawa keluar dan balik ke rumah adalah isteri beliau.

Kertas siasatan juga dilaporkan sudah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak pada 9 Februari 2024 dan kini masih menunggu arahan lanjut.

Oleh itu, Ketua Polis Negara telah menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga boleh menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan masyarakat.

Tun Taib Kini Terima Pemantauan Rapi Pakar Perubatan Di Kuala Lumpur
Gambar sekadar hiasan

Menjalani rawatan rapi di rumah peribadi di Kuala Lumpur

Menurut sumber, Abdul Taib yang berusia 87 tahun, kini menjalani rawatan di rumah peribadinya di Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan pemantauan rapi pakar perubatan.

Difahamkan juga bahawa, Abdul Taib telah terbang ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat khas sekitar jam 4.00 petang Jumaat.

Kakitangan kerajaan Sarawak yang bertugas di Rumah Sarawak juga telah dimaklumkan dengan perkembangan ini.

Tun Taib Kini Terima Pemantauan Rapi Pakar Perubatan Di Kuala Lumpur
Kredit foto: Bede Hong Pix

Pernah mengalami komplikasi perubatan

Sebelum ini, Abdul Taib pernah mengalami beberapa kompilasi perubatan dan mendapat rawatan di Kuching serta Istanbul.

Dilaporkan juga sebelum ini bahawa bekas Ketua Menteri Sarawak itu telah menerima rawatan di kediamannya di Demak Jaya selepas dibawa keluar dari Pusat Perubatan Normah pada tengah malam kira-kira seminggu yang lalu.

Oleh itu, seorang doktor pusat perubatan tersebut telah membuat laporan polis kerana mendakwa Abdul Taib yang sedang menerima rawatan dibawa balik ke rumahnya secara paksa.

Setelah laporan tersebut dibuat, adik bekas Yang di-Pertua Sarawak itu, Datuk Mohamad Tufail Mahmud turut membuat satu lagi laporan polis.

Lagi perkembangan mengenai Tun Taib di sini:

Polis Sahkan Keberadaan Kini Tun Taib Di Kediaman Peribadi Demak Jaya
Raghad Nafi Bawa Taib Keluar Hospital Tanpa Kebenaran
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Perkara Tentang Tupperware Anda Mungkin Tak Tahu
Next Article Rumah Kopi Di Kuching, Port Breakfast Nasi Lemak Dengan Deko Santai Pada Hujung Minggu Rumah Kopi Di Kuching, Port Breakfast Nasi Lemak Dengan Deko Santai Pada Hujung Minggu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?