• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TYT Bakal Adakan Jelajah Ke Seluruh Sarawak Santuni Rakyat

Oleh
Aina Musa
3 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
TYT Bakal Adakan Jelajah Ke Seluruh Sarawak Santuni Rakyat

Jelajah sambil dekati rakyat

TYT Bakal Adakan Jelajah Ke Seluruh Sarawak Santuni Rakyat. Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, akan memulakan siri jelajah ke seluruh negeri ini.

Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan, dan UKAS), menyatakan bahawa tujuan jelajah ini adalah untuk mendekati rakyat.

TYT Bakal Adakan Jelajah Ke Seluruh Sarawak Santuni Rakyat. Sumber: UKAS

Menurut Abdullah, siri jelajah ini juga akan menonjolkan lagi keperibadian Tun Wan Junaidi yang amat prihatin terhadap rakyat.

“Keinginan Tun untuk mengadakan jelajah ini kini dalam perancangan kami. Kami merancang jelajah ini sebagai satu medium untuk lebih mengenali beliau secara dekat,” katanya.

Abdullah menyatakan ini selepas melakukan kunjungan hormat kepada Tun Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak semalam.

Beliau juga menambah bahawa semasa kunjungan tersebut, Tun Wan Junaidi menyatakan minatnya untuk melawat seluruh Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman.

Abdullah turut mengundang Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, ke Majlis Makan Malam sempena HAWANA pada 26 Mei ini secara rasmi.

Majlis tersebut dijadual akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir semasa kunjungan tersebut adalah Pengarah UKAS Samuel Simon, Ketua Pegawai Eksekutif Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak, Ali Suhaili, Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Ronnie Teo, dan Timbalan Pengarah UKAS, Joachim Paggang Jabong.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sambung Bantu Kos Penerbangan Pelajar Melalui FLYsiswa Sebanyak RM300
Next Article Bangunan Lama DUN Sarawak Bakal Diubah Suai Jadi Pusat Seni Ala Royal Albert Hall Di London Bangunan Lama DUN Sarawak Bakal Diubah Suai Jadi Pusat Seni Ala Royal Albert Hall Di London

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?