• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ubahsuai Saga Jadi Hailak, Gelagat Lelaki Dari Sabah Ini Raih Perhatian Netizen

Oleh
Aina Musa
13 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Ubahsuai Saga Jadi Hailak, Gelagat Lelaki Dari Sabah Ini Raih Perhatian Netizen

Siapa sangka Proton Saga boleh diubah jadi pacuan 4X4

Ubahsuai Saga Jadi Hailak, Gelagat Lelaki Dari Sabah Ini Raih Perhatian Netizen. Ubahsuai kenderaan semakin popular dalam kalangan peminat kereta di Malaysia. Walaupun membeli kereta model terbaru menjadi impian ramai, namun ia memerlukan perbelanjaan yang besar.

Oleh itu, ramai peminat kereta berinovasi dengan mengubah suai kenderaan sedia ada supaya kelihatan lebih stylish dan trendy!

Ubahsuai Saga Jadi Hailak, Gelagat Lelaki Dari Sabah Ini Raih Perhatian Netizen. Sumber: Twitter

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Sabah telah menarik perhatian netizen apabila video dan beberapa keping gambar keretanya yang diubah suai secara ekstrim tular di media sosial.

Kisah itu dikongsikan oleh Sabah Info melalui laman Facebook mereka.

Setakat artikel ini ditulis, kongsian tersebut mendapat lebih 500 komen dan 2.5 ribu share.

Menurut kongsian tersebut, seorang pemilik Proton Saga telah membuat pengubahsuaian besar pada keretanya agar kelihatan seperti Toyota Hilux pick-up.

Difahamkan, kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Nabawan, Sabah.

Menariknya, kereta tersebut dinamakan sebagai Iswalak sempena gabungan nama Proton Saga Iswara dan ‘Hailak’.

Susulan itu, pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen di ruangan komen.

Antaranya, rata-rata kagum dengan inovasi daripada individu tersebut.

Selain itu, ada juga yang meluahkan sindiran bahawa pemilik kereta tersebut sengaja mengubah suai kenderaan sedemikian rupa kerana kondisi jalan raya di Sabah yang buruk dengan lubang-lubang seolah-olah seperti permukaan bulan.

Baca lagi artikel menarik:

‘Selamba Badak’ Lawan Arus Di Lorong Laju Di Saratok, Hailak Plat ‘W’ Ini Undang Kecaman Netizen
Komplen Sambil Cakap Sarawak, Influencer TikTok Aunty Purple Buat Netizen Terkejut
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Komplen Sambil Cakap Sarawak, Influencer TikTok Aunty Purple Buat Netizen Terkejut Komplen Sambil Cakap Sarawak, Influencer TikTok Aunty Purple Buat Netizen Terkejut
Next Article Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang Kenali Pencipta Pelitup Muka N95, Doktor Plague Fighter Dari Pulau Pinang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?