• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ugut Nenek Mahu Bakar Rumah, Cucu Lelaki Dipenjara 12 Bulan Di Sabah

Oleh
Farisha
6 Disember 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

Ugut Nak Cederakan Nenek Dan Bakar Rumah

Ugut Nenek Mahu Bakar Rumah, Cucu Lelaki Dipenjara 12 Bulan Di Sabah. Kisah jenayah kecil tetapi penuh drama kembali menghiasi tajuk berita di Sabah. Dalam kejadian baru-baru ini, seorang lelaki muda berusia 22 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan selepas didapati bersalah mengugut neneknya sendiri di Kg Rampayan, Manggatal.

Pada 28 November lalu, Ricky Marcus, yang tinggal bersama neneknya Ana Papang, “mengamuk” di rumah mereka sekitar jam 7.30 malam.

Ugut Nenek Mahu Bakar Rumah, Cucu Lelaki Dipenjara 12 Bulan Di Sabah
Ugut Nenek Mahu Bakar Rumah, Cucu Lelaki Dipenjara 12 Bulan Di Sabah. Gambar hiasan

Keadaan bertambah tegang apabila Ricky bukan sahaja mengugut mencederakan neneknya, tetapi juga mengancam untuk membakar rumah.

Kejadian seperti itu telah berulang kali berlaku

Menurut laporan media tempatan, kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku. Datuk Ricky akhirnya membuat keputusan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Hasilnya, Ricky didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Ricky mengaku bersalah dan kini akan menghabiskan setahun di balik tirai besi untuk merenungkan tindakannya.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes ugut-mengugut di Sarawak:

Mengugut Untuk Membunuh Isteri, Seorang Lelaki Dari Demak Laut Didenda RM1K
Paksa Gadis Masuk Biliknya, Seorang Lelaki Dari Miri Ditahan Polis Setelah Cuba Mengugut Keluarga Gadis Itu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penyanyi Lagenda, Zaiton Sameon Syukur Masih Terima Jemputan Menyanyi Di Sarawak
Next Article ROCK’ N RIUH 2024 – Kemuncak Kembara RIUH di Litar Antarabangsa Sepang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?