• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Ugut, Pukul Pengguna Jalan Raya Kerana Di Hon, Lelaki Dari Bintulu Ini Direman 4 Hari

Oleh
ILB - AI
1 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Ugut, Pukul Pengguna Jalan Raya Kerana Di Hon, Lelaki Dari Bintulu Ini Direman 4 Hari

Insiden tersebut berlaku di Bintulu, Sarawak

Seorang lelaki yang disyaki memukul seorang pengguna jalan raya serta membuat ugutan berbaur jenayah di Bintulu telah direman oleh pihak polis selama empat hari bermula semalam ( Rabu ). Lelaki tersebut sebelum ini tular dalam sebuah video yang dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.


Munurut PDRM Bintulu, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah stesen minyak dan saspek mengekori pengadu/mangsa hingga ke sebuah kafeteria di kawasan Batu 5, Bintulu. Saspek mengekori kereta pengadu/mangsa kerana tidak berpuas hati atas tindakan pengadu/mangsa yang membunyikan hon lalu kemudian menumbuk muka pengadu/mangsa.

Ugut, Pukul Pengguna Jalan Raya Kerana Di Hon, Lelaki Ini Direman 4 Hari


Tambah kenyataan PDRM Bintulu melalui laman facebook mereka, semakan rekod lampau mendapati saspek juga mempunyai satu rekod kesalahan lampau iaitu di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah, khianat ke atas kenderaan dan menghalang penjawat awam melakukan tugas.


Saspek telah ditangkap pada 29 November 2022 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506KK dan Seksyen 323KK dan direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.


PDRM Bintulu juga memberi peringatan tegas terhadap sebarang aktiviti seperti samseng jalanan, yang boleh mengugat keselamatan orang awam di jalan raya, PDRM Bintulu akan bertindak dan mengambil tindakan tegas untuk membendung aktiviti ini demi menjamin keselamatan awam.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MYAirline Lancarkan Penerbangan Sulung Ke Kuching Hari Ini MYAirline Lancarkan Penerbangan Sulung Ke Kuching Hari Ini
Next Article Suka Akan Tekstur Ulat Mulong, Tiktok Wanita Dari US Ini Tarik Perhatian Netizen Borneo Ulat Mulong Rasa Macam Rumput, Tiktok Wanita Dari US Ini Tarik Perhatian Netizen Borneo

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?