• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ukir Sejarah Di Gunung Kinabalu, Ibu Tunggal Terbitkan 9 Aplikasi Pada Ketinggian 4,095 Meter

Oleh
Farisha
13 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sejarah tercipta, pengajar IT lancar aplikasi di Gunung Kinabalu

Ukir Sejarah Di Gunung Kinabalu, Ibu Tunggal Terbitkan 9 Aplikasi Pada Ketinggian 4,095 Meter. Seorang pengajar aplikasi telefon pintar yang merupakan ibu tunggal bernama Kartina Abdul Ghani, 53 tahun, telah mencapai kejayaan besar dengan mendaki Gunung Kinabalu sebanyak sembilan kali. Beliau turut berjaya melancarkan aplikasi mudah alih ketika berada di puncak gunung tertinggi Malaysia pada pagi Selasa.

Menurut laporan media tempatan, Kartina bersama rombongannya telah sampai ke Low’s Peak dan melancarkan dua aplikasi terakhirnya pada pukul 6.57 pagi. Beliau ditemani oleh dua orang pelajarnya iaitu Haziqah Halim (22 tahun) dan Muhammad Hafiz Zainal (20 tahun), serta dua pemandu gunung – Jimmy Midin (50 tahun) dan Romeo Jaomius (28 tahun).

Ukir Sejarah Di Gunung Kinabalu, Ibu Tunggal Terbitkan 9 Aplikasi Pada Ketinggian 4,095 Meter
Ukir Sejarah Di Gunung Kinabalu, Ibu Tunggal Terbitkan 9 Aplikasi Pada Ketinggian 4,095 Meter

Pencapaian luar biasa ini telah disempurnakan dalam masa kurang dari sebulan, bermula dari pendakian pertamanya ke puncak setinggi 4,095 meter pada 16 Oktober lalu.

Sempena pendakian ke-9 ini, Kartina telah berjaya melancarkan sembilan aplikasi mudah alih yang merangkumi pelbagai aspek tentang Sabah dan Malaysia. Antaranya ialah:

9 aplikasi mudah alih tersebut:

  • Mari Melawat Sabah
  • Pergunungan Sabah
  • Masakan Sabah
  • Mengenai Sabah
  • Ucapan Selamat dan Latar Belakang Telefon Sabah
  • Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah
  • Kalendar dan Perayaan Sabah
  • Melawat Malaysia
  • Sejarah Malaysia

Kesemua aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple App Store.

Kartina yang merupakan pengasas dan pengajar di Akademi Apps Master Builder (Akademi AMB) menyatakan rasa syukurnya atas kejayaan ini. Beliau bersyukur kerana cuaca yang baik telah membantu melancarkan pendakian dan pelancaran aplikasinya.

Selepas kejayaan ini, Kartina merancang untuk meneruskan cabaran seterusnya dengan mendaki Gunung Everest pada Mac atau Mei 2026.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan aplikasi di Malaysia:

Sebelum Tukar Telco, Semak Kelajuan Talian Di Kawasan Rumah Dengan Aplikasi Jendela
Kerajaan Pertimbang Bina Aplikasi Media Sosial Sendiri Untuk Rakyat Malaysia

SUMBER :Majoriti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Restoran Ikonik Borenos Sabah Bakal Buka Cawangan Baharu Di Semenanjung Malaysia Restoran Ikonik Borenos Sabah Bakal Buka Cawangan Baharu Di Semenanjung Malaysia
Next Article Tular Laluan Khas U-Turn Di Lahad Datu Undang Reaksi Pelik Netizen Tular Laluan Khas U-Turn Di Lahad Datu Undang Reaksi Pelik Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?