• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ular Sawa Batik Sepanjang 4 Meter Ditemui Dalam Sangkar Kucing Di Kota Kinabalu

Oleh
Farisha
9 Julai 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

APM berjaya tangkap ular sawa 4 meter di rumah penduduk Taman Sri Pulutan, Manggatal

Ular Sawa Batik Sepanjang 4 Meter Ditemui Dalam Sangkar Kucing Di Kota Kinabalu. Seekor ular sawa batik yang besar berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Sri Pulutan, Manggatal berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pada hari Ahad.

Ular yang panjangnya empat meter itu dijumpai oleh tuan rumah dalam sangkar kucing peliharaan mereka.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten Aizex Junior memberitahu bahawa mereka menerima panggilan kecemasan daripada pemilik rumah pada pukul 7.14 malam, menurut sumber.

Ular Sawa Batik Sepanjang 4 Meter Ditemui Dalam Sangkar Kucing Di Kota Kinabalu
Ular Sawa Batik Sepanjang 4 Meter Ditemui Dalam Sangkar Kucing Di Kota Kinabalu

Beliau menerangkan bahawa apabila tiba di tempat kejadian, tuan rumah memberitahu ular itu berada di halaman rumah. Empat anggota APM yang berpakaian lengkap dengan peralatan pelindung diri (PPE) segera mencari ular tersebut.

Ular sawa yang seberat 50 kilogram itu akhirnya dijumpai dalam sangkar kucing di anjung belakang rumah. Ia berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas dalam masa 40 minit.

Operasi penangkapan selesai kira-kira pukul 8 malam. Ular itu kemudiannya dibawa ke pejabat APM Kota Kinabalu sebelum dilepaskan di tempat yang selamat.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tular Di Media Sosial, Buaya Heret Anak Gajah Di Sungai Kinabatangan Tarik Perhatian Ramai
Seorang Wanita Dari Indonesia Hilang, Ditemui Ditelan Ular Sawa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Bagaimana Tradisi Warga Indonesia Menyambut Awal Muharram Ketahui Bagaimana Tradisi Warga Indonesia Menyambut Awal Muharram
Next Article Jalan Pulau Dudong Bakal Dinaik Taraf Dengan Kos RM40 Juta Bermula Tahun Depan Jalan Pulau Dudong Bakal Dinaik Taraf Dengan Kos RM40 Juta Bermula Tahun Depan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?