• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Ulat Bulu Goreng Sebagai Hidangan Krismas, Ini 5 Tradisi Krismas Di Seluruh Dunia

Oleh
ILB - AI
24 Disember 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Ulat Bulu Goreng Sebagai Hidangan Krismas, Ini 5 Tradisi Krismas Di Seluruh Dunia

Sambutan perayaan Krismas berbeza di seluruh dunia

Ulat Bulu Goreng Sebagai Hidangan Krismas, Ini 5 Tradisi Krismas Di Seluruh Dunia. Ia sudah tiba masanya di mana semua orang berkumpul untuk memberikan keceriaan Krismas!

Isi Isi Penting
  • Sambutan perayaan Krismas berbeza di seluruh dunia
  • Finland
  • Sweden
  • Belanda
  • Venezuela
  • Afrika Selatan

Tahukah anda bagaimana masyarakat luar negara menyambut perayaan Krismas? Berikut adalah 5 tradisi Krismas yang disambut di seluruh dunia!

Ulat Bulu Goreng Sebagai Hidangan Krismas, Ini 5 Tradisi Krismas Di Seluruh Dunia

Finland

Apa yang anda mungkin tidak tahu adalah kebanyakan rumah di Finland dilengkapi dengan sauna mereka sendiri! Pada waktu Krisms, tempat yang selesa ini menjadi ruang ‘suci’ yang dikaitkan dengan nenek moyang yang telah lama meninggal dunia.

Kredit foto: Finnleo

Pada malam Krismas, ia adalah kebiasaan untuk berbogel dan mengambil masa yang lama dan penuh hormat dalam sauna, yang dipercayai menjadi rumah kepada ‘bunian’ sauna yang lagenda di Finland.

Kredit foto: GoFinland

Selepas sesi sauna, warga Finland akan menuju ke perayaan malam manakala roh nenek moyang mereka akan mengambil tempat di dalam air yang telah digunakan untuk mandi.

Sweden

Setiap Krismas, dianggarkan lebih daripada 40% penduduk Sweden akan berkumpul di depan televisyen tepat pada jam 3PM untuk menonton watak Disney iaitu Donald Duck untuk menyampaikan mesej.

Tradisi ini bermula sejak tahun 1960-an apabila televisyen merupakan komoditi baharu di Sweden dan hanya dua saluran sahaja disiarkan – satu daripadanya memainkan kartun Disney.

Tradisi ini mungkin tradisi yang unik, tetapi seluruh negara akan berkumpul untuk menonton kartun Krismas bersama-sama. Anda boleh menonton persembahan Krismas yang dipanggil Kalle Anka och hans vänner önskar God Jul atau Donald Duck and His Friends Wish You A Merry Christmas yang disiarkan pada tahun 1958 di bawah:

Belanda

Setiap tahun menjelang 25 Disember, kanak-kanak Belanda tidak sabar meletakkan kasut mereka di tepi api dengan harapan Sinterklaas akan mengisinya dengan hadiah kecil dan jamuan pada waktu malam.

Kredit foto: Kiddi Caru

Secara tradisinya, lobak merah dibiarkan dalam kasut untuk kuda setia Sinterklaas iaitu Amerigo, seekor kuda berwarna putih.

Secara tradisinya, kuda setia Sinterklaas adalah seekor kuda berwarna putih iaitu Amerigo. Kredit foto; Style Barista

Pada zaman dahulu, kanak-kanak nakal akan menerima kentang sebagai ganti hadiah, tetapi hukuman kentang tidak lagi dianggap sebagai taktik menakutkan yang sesuai.

Kredit foto: Solid Starts

Venezuela

Di Caracas, Venezuela, terdapat satu tradisi di mana penduduk tempatan akan memakai kasut roda pada pagi Krismas. Hal ini kerana ia adalah tradisi untuk menghadiri gereja pada pagi Krismas dengan menggunakan kasut roda!

Kredit foto: Just Focus

Tradisi ini begitu famous sehingga kebanyakan jalan di bandar Caracas akan ditutup dari pukul 8AM agar jemaah dapat meluncur ke gereja dengan selamat. Ia juga dikatakan bahawa kanak-kanak akan tidur dengan satu tali kasut dari kasut roda mereka diikat di ibu jari kaki mereka, dengan kasut yang satu lagi digantung di tingkap agar rakan-rakan mereka boleh membangunkan mereka dengan menarik tali kasut tersebut!

Kredit foto: Getty Images

Afrika Selatan

Apabila anda memikirkan makanan tradisinal Krismas, ayam panggang, pai dan mungkin makanan tempatan seperti laksa atau kari selalunya tinggi dalam senarai.

Hidangan tradisional Krismas. Kredit foto: Lifestyle Asia Hong Kong

Walau bagaimanapun, ia adalah berbeza di Afrika Selatan. Menu yang sering dihidangkan adalah ulat bulu goreng. Yes, that’s right! Fried caterpillars!

Kredit foto: The African Gourmet

Ulat bulu goreng mungkin kelihatan seperti salah satu daripada tradisi Krismas yang luar biasa, tetapi ulat bulu ini bukan sebarang jenis ulat bulu. Ulat bulu yang selalu digunakan adalah ulat bulu Pine Tree Emperor Moth, atau juga dikenali sebagai ulat bulu Krismas, kerana ia memiliki warna yang sangat meriah! Ia dipercayai bahawa jika ulat bulu goreng ini dimakan semasa perayaan Krismas, mereka akan menelan sedikit tuah tambahan pada tahun yang akan datang.

Ulat bulu Pine Tree Emperor Moth. Kredit foto: Pinterest

Apakah tradisi Krismas unik lain di seluruh dunia yang anda ketahui? Komen di bawah dan jangan lupa share artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambut Krismas Bersama Keluarga, Ini 4 Hotel Menyediakan Buffet Bawah RM100 Seorang Di Kuching Sambut Krismas Bersama Keluarga, Ini 4 Hotel Menyediakan Buffet Bawah RM100 Seorang Di Kuching
Next Article Ini 6 Fakta Menarik Tentang Perayaan Krismas Anda Mungkin Tak Tahu Ini 6 Fakta Menarik Tentang Perayaan Krismas Anda Mungkin Tak Tahu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?