• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah

Oleh
Ismail NA
2 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Umea Glam Kundasang - Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah

Siapa Nak Rasa Tidur Ditemani Bintang-Bintang di Langit? Inilah Tempatnya.

Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah. Siapa yang tak kenal Kundasang? Sebuah pekan yang terletak di daerah Ranau, Sabah ini dikenali dengan keadaan cuacanya yang sejuk dan mendamaikan jiwa sesiapa sahaja yang bertandang ke sana.

Isi Isi Penting
  • Siapa Nak Rasa Tidur Ditemani Bintang-Bintang di Langit? Inilah Tempatnya.
  • Dome Abisko & Narvik – Konsep Glamping Dome Ala Igloo yang Cun!
  • Umea Inspirasi dari Nama Bandar di Norway, Dome Arctic Rupanya Tempat Lihat Aurora!
  • Glamping Dome pertama di Sabah

Dengan suhu purata sekitar 21 darjah Celcius dan tahap kelembapan pada 82%, sudah tentu ia menarik perhatian para pelancong terutamanya dari dalam negara sendiri untuk merasai pengalaman yang jarang didapati di kawasan Asia Tenggara yang bercuaca panas dan lembap.

Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah
Kredit : FB Umea Glam Kundasang

Namun demikian, terdapat satu destinasi penginapan yang menarik perhatian di Kundasang iaitu Umea Glam Kundasang. Uniknya, ia merupakan sebuah tempat penginapan yang berkonsepkan glamping dengan khemah berbentuk dome seperti yang banyak terdapat di negara sejuk seperti Sweden dan Norway. Nice!

Dome Abisko & Narvik – Konsep Glamping Dome Ala Igloo yang Cun!

Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah
Kredit : FB
Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah
Kredit : FB
Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah
Kredit : FB Umea Glam Kundasang

Konsep glamping Umea Glam Kundasang ini menyediakan tempat penginapan dalam dua bentuk iaitu dome abisko dan dome narvik. Dome ini merupakan khemah berbentuk mirip seperti igloo dan menyediakan ruang penginapan yang lebih berseni, besar dan luas. Dalamannya dilengkapi dengan katil, meja, kerusi, rak ringkas, serta permaidani.

Sepanjang penginapan anda di sini, anda boleh menikmati pemandangan bukit bukau yang menenangkan serta udara segar yang sejuk dan nyaman. Sambil-sambil itu, anda juga boleh lepak-lepak santai bersama rakan-rakan dan keluarga di beranda dome. Tambah lagi dengan secawan kopi panas. Mesti best kan?

Kredit : FB Umea Glam Kundasang
Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah
Kredit : FB Umea Glam Kundasang
Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah
Kredit : FB Umea Glam Kundasang

Umea Inspirasi dari Nama Bandar di Norway, Dome Arctic Rupanya Tempat Lihat Aurora!

Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah
Bandar Umea, Sweden. Kredit : Nostro.fr

Menerusi FB Umea Glam Kundasang, nama Umea ini diambil sempena nama sebuah bandar di Timur Norway yang kaya dengan imej kesenian dan reka bentuk yang menarik dalam binaan bangunan, tidak kiralah bangunan kecil mahupun bangunan besar. Oleh itu, inspirasi daripada imej bandar Umea ingin dibawa dari Norway ke Kundasang oleh pemilik tempat penginapan ini agar pengalaman di sana dapat dirasai di tanah air sendiri.

Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah
Dome Arctic di Norway. Kredit : Heart My Backpack

Di Norway, dome berbentuk igloo ini disebut sebagai dome arctic dan banyak terdapat di Narvik iaitu sebuah kawasan yang paling hampir dengan garisan Artik. Kebanyakan dome arctic yang didirikan di Narvik berada dalam persekitaran yang sejuk dan bersalji. Selain itu, backpackers yang menginap di dome arctik Narvik selalunya ingin melihat fenomena aurora yang kerap berlaku di kawasan berhampiran garisan Artik.

Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah
Fenomena northern light atau aurora di Utara Norway, berdekatan Garisan Artik. Kredit : Travel + Leisure

Glamping Dome pertama di Sabah

Untuk pengetahuan juga, Umea Glam Kundasang ini juga merupakan glamping dome yang pertama di Sabah. Walau pun belum dirasmikan, tempat penginapan ini sudah mula menerima tempahan. Dikhabarkan, dome-dome ini sudah sedia untuk diduduki walau pun belum dilengkapi dengan bekalan elektrik. Kalau anda jenis yang tak kisah sangat tentang bekalan elektrik dan suka koboi style, boleh lah cuba usha dome ini jika anda berkunjung ke Kundasang.

Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah
Umea Glam Kundasang, Penginapan Ala Igloo Sejuk di Sabah. Kredit : FB Umea Glam Kundasang

Makin mengancam tempat penginapan yang dibuka di Kundasang kan? Apa lagi, cuti sekolah dah dekat, bawa keluarga atau short escape di sini pun cun juga.

Jangan lupa like dan share post ini serta tag rakan-rakan atau keluarga anda tentang glamping dome yang gempak ini.

Mana lagi tempat yang best di Sabah? Banyak lagi! Cuba tengok homestay inspirasi dari Jepun ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dipercayai Cubaan Bunuh Diri, Tindakan Lelaki Di Sabah Ini Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba Dipercayai Cubaan Bunuh Diri, Tindakan Lelaki Di Sabah Ini Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba
Next Article Luah Servis Layanan Pelanggan Teruk, Pantai Di Lundu Ini Menerima Kecaman Hebat Dari Netizen Luah Servis Layanan Pelanggan Teruk, Pantai Di Lundu Ini Menerima Kecaman Hebat Dari Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?