• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Uncle Kentang Bantu 3 Rakyat Sarawak Rawat Di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur

Oleh
Nazihah AN
10 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Uncle Kentang Bantu 3 Rakyat Sarawak Rawat Di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur

Terima kasih, Uncle Kentang

Uncle Kentang Bantu 3 Rakyat Sarawak Rawat Di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur. Uncle Kentang membantu rakyat bukanlah perkara baru. Kisah beliau sering kali tular di media sosial, dan kali ini, tindakan mulia beliau sekali lagi mendapat perhatian ramai.

Uncle Kentang dikenal pasti sebagai seorang aktivis masyarakat yang tidak kenal lelah dalam membantu mereka yang memerlukan. Beliau telah membantu ramai orang tanpa mengira latar belakang atau kaum, dan inisiatif beliau mencerminkan nilai kemanusiaan yang tinggi.

Uncle Kentang Bantu 3 Rakyat Sarawak Rawat Di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur

Rakyat Sarawak, harap maklum bahawa Kerajaan Sarawak juga menyediakan bantuan untuk anda

Uncle Kentang atau nama sebenar beliau, Kuan Chee Heng, akan berada di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur. Beliau hadir untuk membantu tiga pesakit dari Sarawak yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan jantung di institut tersebut.

Bersama beliau adalah pegawai dari RUMAH SARAWAK, sebuah inisiatif yang diwujudkan untuk membantu rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia. Dalam hantaran beliau, beliau sertakan sekali beberapa tangkapan layar di mana individu kirim pesanan kepada beliau untuk meminta bantuan dapatkan rawatan.

Uncle Kentang Bantu 3 Rakyat Sarawak Rawat Di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur

Rakyat Sarawak yang alami kesusahan di Semenanjung Malaysia, boleh hubungi Rumah Sarawak (03-2692 7595)

Khabar baik buat anak Sarawak di Kuala Lumpur, kehadiran RUMAH SARAWAK bertujuan untuk memberi sokongan kepada rakyat Sarawak dalam pelbagai aspek, terutama sekali dalam hal perubatan dan kesihatan.

Dengan adanya Rumah Sarawak, pesakit-pesakit dari Sarawak tidak perlu berasa terasing atau kekurangan sokongan ketika berada jauh dari kampung halaman. Sebarang bantuan boleh diperoleh dengan menghubungi talian umum kerajaan Sarawak untuk mendapatkan nombor telefon Rumah Sarawak (03-2692 7595) terletak di Jalan Tun Ismail di Kuala Lumpur atau anda boleh hubungi Sarawak Volunteers (011-5750 5389 / 011-5750 5379).

Kuan Chee Heng, atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, adalah seorang bekas pegawai polis yang kini dikenali ramai sebagai aktivis sosial. Beliau diberi gelaran “Uncle Kentang” kerana kerja sukarela awalnya mengagihkan kentang kepada golongan miskin, telah menawarkan khidmatnya kepada masyarakat selama bertahun-tahun, terutamanya membantu mereka daripada golongan susah dan kurang bernasib baik.

Beliau menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan ambulans, kereta jenazah dan pengebumian percuma bagi mereka yang memerlukan, dan komuniti orang asli asli. Dia juga mengendalikan bank makanan, mengendalikan talian hotline bunuh diri 12 jam, membantu mengatur tempat perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak yang didera serta menubuhkan pasukan kepolisan komuniti untuk mencegah jenayah.

Syabas dan tahniah kepada Uncle Kentang dan seluruh pasukan yang telah membantu anak Sarawak yang berada di perantauan. Semoga beliau sentiasa dirahmati oleh Tuhan.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Uncle Kentang Bantu Lelaki Sarawak Berjalan Kaki Sejauh 80 KM Untuk Ke KLIA
Sarawak Perkenal Bantuan Kesihatan RM500 Untuk Warga Emas Kategori B40 dan M40
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Sabah Nafi Dakwaan Dadah Dijual Seperti Pisang Goreng
Next Article Kedah Minta Sarawak Bantu Tanggung Sedikit Kos Sukma 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?