• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek Underpass Darul Hana Bakal Mula September 2024

Oleh
Nazihah AN
30 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Projek Underpass Darul Hana Bakal Mula September 2024

LCDA Minta Kerjasama Orang Ramai Sepanjang Pembinaan Underpass Darul Hana

Projek Underpass Darul Hana Bakal Mula September 2024. Pihak Berkuasa Pembangunan dan Penguasaan Tanah (LCDA) telah mengumumkan pembinaan Underpass Darul Hana yang akan bermula pada 4 September 2024.

Projek ini melibatkan kerja-kerja pembinaan jalan sementara di bahagian median Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, Petrajaya.

Projek Underpass Darul Hana Bakal Mula September 2024

Kerja Pembinaan di Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin

Menurut notis yang dikeluarkan, tempoh kontrak pembinaan adalah dari 15 Julai 2024 hingga 14 Julai 2026. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan sementara di median jalan dijadualkan berlangsung dari 4 September hingga 3 Disember 2024.

Cadangan pembinaan underpass ini bertujuan untuk menghubungkan kawasan Masjid Darul Hana dengan stesen minyak Petros yang terletak bersebelahan. Projek ini dijangka akan meningkatkan kebolehaksesan dan melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.

LCDA mengingatkan pengguna jalan raya untuk berhati-hati semasa melalui kawasan pembinaan dan mematuhi segala arahan pengurusan trafik demi keselamatan bersama. Orang ramai juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dengan teliti jika perlu melalui kawasan yang terlibat.

Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan projek ini boleh disalurkan kepada LCDA melalui talian 082-235944 atau laman web rasmi mereka di www.lcda.gov.my.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Rancangan Pembinaan Projek Underpass Darul Hana Jadi Bualan Netizen

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan September 2024 Di Sabah
Next Article Pendaki Wanita Meninggal Dunia Semasa Turun Dari Puncak Gunung Kinabalu Pendaki Wanita Meninggal Dunia Semasa Turun Dari Puncak Gunung Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?