• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Universiti Malaysia Sarawak Cipta Kotak Intubasi Bantu Barisan Hadapan Berdepan COVID19

Oleh
ILB - AI
3 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Universiti Malaysia Sarawak Cipta Kotak Intubasi Bantu Barisan Hadapan Berdepan COVID19

Satu usaha yang sangat mulia!

Universiti Malaysia Sarawak Cipta Kotak Intubasi Bantu Barisan Hadapan Berdepan COVID19. Dalam usaha barisan hadapan kita yang berdepan pelbagai risiko dalam merawat COVID19, pihak Universiti Malaysia Sarawak mengambil langkah proaktif dengan mencipta kotak intubasi bagi membantu barisan hadapan kesihatan negara berdepan dengan COVID19.

Universiti Malaysia Sarawak Cipta Kotak Intubasi Bantu Barisan Hadapan Berdepan COVID19
Universiti Malaysia Sarawak Cipta Kotak Intubasi Bantu Barisan Hadapan Berdepan COVID19

4 Fakulti Bersatu Padu Hasilkan Ciptaan Ini

Ciptaan hasil gabungan usaha kerjasama 4 fakulti, iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Binaan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ini dalam tempoh singkat berjaya menghasilkan 2 kotak intubasi dan 100 unit pelindung muka PPE untuk kegunaan Hospital Umum Sarawak. Kotak intubasi ini berbeza dengan rekaan sedia ada yang lain kerana ianya mempunyai sliding door di kedua dua belah kotak tersebut untuk memudahkan proses memasukkan tiub.

Kotak intubasi penting dalam usaha merawat COVID19 kerana ianya bertindak melindungi muka pesakit ketika proses endotracheal intubation, satu prosedur wajib untuk pesakit COVID19 yang mengalami masalah respirotari. Penggunaankotak intubasi memberi perlindungan tambahan buat pekerja kesihatan kita untuk proses penting tersebut.

Hasil ciptaan ini telah diserahkan kepada wakil Hospital Umum Sarawak di mana pihak hospital tersebut merakamkan ribuan terima kasih kepada UNIMAS atas hasil sumbangan tersebut. Sebagai tambahan, pihak Hospital Umum Sarawak turut meminta agar pihak UNIMAS membekalkan lagi 9 buah kotak intubasi dan juga 100 buah penutup muka. Selain itu, UNIMAS juga menerima permintaan untuk hand sanitisers bagi kegunaan barisan hadapan kesihatan yang lain.

Difahamkan juga bahawa terlebih dahulu UNIMAS telah berjaya membuat satu formulasi hand sanitiser selepas kekurangan hand sanitiser di pasaran.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 6 Kawasan Merah COVID19 Di Kuching Dan Samarahan Yang Anda Perlu Tahu 6 Kawasan Merah COVID19 Di Kuching Dan Samarahan Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Menteri Muda Pengangkutan Sarawak Disahkan Positif COVID19 Menteri Muda Pengangkutan Sarawak Disahkan Positif COVID19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?