• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Usaha Disia-Siakan, Guru Ini Luahkan Kesedihan Kepada Mereka Yang Tak Kuarantin Setelah Pulang Dari Sabah

Oleh
ILB - AI
9 Oktober 2020
Kongsi
6 Min Bacaan
Usaha Disia-Siakan, Guru Ini Luahkan Kesedihan Kepada Mereka Yang Tak Kuarantin Setelah Pulang Dari Sabah

Luahan hati seorang guru

Usaha Disia-Siakan, Guru Ini Luahkan Kesedihan Kepada Mereka Yang Tak Kuarantin Setelah Pulang Dari Sabah. Nampaknya Malaysia dilanda gelombang ketiga Covid-19 setelah menyaksikan peningkatan kes secara mendadak. Malah, kali ini jumlah kes telah mencapai 3 angka dalam sehari, lebih tinggi daripada gelombang pertama awal tahun ini.

Isi Isi Penting
  • Luahan hati seorang guru
  • “We tried our best,” – Cikgu tersebut
  • “Pernah tak sesiapa tanya pelajar apakah perasaan mereka datang ke sekolah dan rasa seperti dalam penjara?”
  • Rata-rata netizen bersimpati dengan semua guru dan pelajar

Seorang guru meluahkan rasa sedihnya dengan keadaan ini melalui bahagian komen Facebook di salah satu catatan DG Noor Hisham Abdullah. Komen itu, yang kini mendapat 469 likes, menyuarakan situasi sebenar yang dihadapi oleh guru di sekolah masing-masing dan menyalahkan mereka yang tidak bertanggungjawab kerana tidak kuarantin diri setelah pulang dari Sabah.

Usaha Disia-Siakan, Guru Ini Luahkan Kesedihan Kepada Mereka Yang Tak Kuarantin Setelah Pulang Dari Sabah
Usaha Disia-Siakan, Guru Ini Luahkan Kesedihan Kepada Mereka Yang Tak Kuarantin Setelah Pulang Dari Sabah

“We tried our best,” – Cikgu tersebut

Menurut guru itu, beliau mengatakan bahawa mereka sebagai rakyat telah melakukan yang terbaik. Malah, di sekolah mereka juga melakukan pemeriksaan suhu harian pelajar, memastikan pelajar mengekalkan jarak sosial mereka semasa berada di kelas dan mengajar sambil memastikan bahawa pelajar berinteraksi antara satu sama lain lebih dari 1 meter.

Namun, mengajar sambil mengguna pelitup muka bukan perkara yang mudah.

“Guru sekolah rendah pun tidak mempunyai pengalaman yang senang juga. Setiap kali kami jerit ‘jaga jarak sosial!’, kanak-kanak kita terpaksa duduk di meja dan kerusi masing-masing. Tiada PJK, tiada aktiviti ko-kurikulum (koko). Tiada kelas tambahan, tiada perkhemahan, tiada hiking. Tiada perjumpaan sukan, tiada acara sukan. Tiada konsert sekolah. Tiada lakonan juga. Kami hanya mengajar mereka secara kering. Apa lagi kami dapat bantu untuk ratakan lengkung?” luah cikgu itu.

Katanya lagi, mereka sangat menantikan aktiviti perkhemahan dan aktiviti koko 2 minggu terakhir apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa mereka dapat meneruskan aktiviti koko secara perlahan.

“Tapi sekarang? Sekarang kita lihat jumlah kes semakin naik. Oleh kerana mereka tidak terfikir pun hendak kuarantin diri setelah pulang dari Sabah,” ulasnya lagi.

Usaha Disia-Siakan, Guru Ini Luahkan Kesedihan Kepada Mereka Yang Tak Kuarantin Setelah Pulang Dari Sabah
Kredit: Astro Awani

“Pernah tak sesiapa tanya pelajar apakah perasaan mereka datang ke sekolah dan rasa seperti dalam penjara?”

Guru itu kemudian menyentuh tentang perasaan para pelajar yang jelas kecewa dengan keadaan ini.

“Tahukah anda betapa kecewa pelajar sekolah melihat keadaan ini? Pernah tak sesiapa tanya pelajar apakah perasaan mereka datang ke sekolah dan rasa seperti dalam penjara kerana mereka hanya terpaku di meja dan kerusi mereka,” katanya lagi.

Oleh kerana jumlah kes naik mendadak, semua program sekolah terpaksa dibatalkan dan telah menyebabkan pelajar-pelajar sekolah gelisah. Perkara ini juga telah membawa kesan kepada kesihatan mental mereka.

“Apa lagi kami harus buat? Semua kanak-kanak telah berada dalam keadaan kuarantin sejak bulan Mac. Apa lagi kami dapat lakukan? Kami telah bekerjasama sejak bulan Mac,” ujarnya lagi.

Kredit: Harian Metro

Rata-rata netizen bersimpati dengan semua guru dan pelajar

Tinjauan di media sosial telah mendapati rata-rata netizen bersimpati dengan semua guru dan pelajar yang terjejas dengan keadaan ini.

My neighbour kids told me that the teacher give them rm1 every day if they succesful follow the sop😭😭😭

Look at the teacher efforts using their own money to teach our future gen!

— Nicompoop (@_skipme_) October 7, 2020

“Anak jiran saya memberitahu saya bahawa guru mereka memberi RM1 setiap hari agar mereka sentiasa mematuhi SOP. Lihat usaha cikgu itu sampai guna duit sendiri untuk mengajar generasi masa depan kita!”

My aunty, a primary school teacher, said the teacher is very stress. Everyday, They need to monitor all students, guide them to canteen and toilet one by one. If one student fall sick, the teacher become so worry. It is not easy but they still try their best to follow the SOP.

— 🇲🇾 小池如果你也想起我 💭 (@ShiAhJCW) October 7, 2020

“Mak cik saya, seorang guru sekolah rendah, mengatakan bahawa semua cikgu tertekan. Setiap hari mereka perlu memantau semua murid, membimbing mereka ke kantin dan jamban, satu per satu. Sekiranya seorang murid demam, cikgu tersebut akan berasa risau. Ia tidak senang, tetapi mereka tetap berusaha dengan terbaik untuk mematuhi SOP.”

berair mata aku baca luahan hati seorang guru ni. memang, mengajar bukan tugas mudah. bila benda dah jadi mcm ni, ya allah. tak tertanggung dah beban yang dia kena hadap tu sebab menteri2 yang degil tak ikut sop.

— syira 🌻 (@syiraaams) October 7, 2020

not saying that kkm isnt the biggest contribution to our healthcare but i hope the nation realize this fact. all citizens are giving their BEST. that include, KINDERGARTENERS. we are all frontliners. if kkm is dissappointed, we are dissappointed too!!

— fara (@superlicouscook) October 7, 2020

“Bukan nak kata KKM tidak menyumbang secara besar dalam penjagaan kesihatan kita, tetapi saya berharap agar rakyat sedar dengan fakta ini. Semua rakyat telah memberikan yang TERBAIK. Ini termasuk MURID-MURID TADIKA. Kita semua barisan hadapan. Jika KKM kecewa, kami pun kecewa juga!”

Apabila pucuk pimpinan sendiri gagal menunjukkan contoh tauladan malah hanya “cakap tak serupa bikin” inilah akibatnya. Sungguh mengecewakan. Bukan sebab nak suka-suka menuding jari. Tapi itulah realitinya.

— ChePah (@ChePah11) October 7, 2020

Semoga semua guru dan para pelajar kekal tabah. Anda bukan berseorangan. Tak dinafikan bahawa keadaan ini boleh dielak dari awal tetapi oleh kerana kepentingan diri-sendiri, rakyat yang terjejas.

Bak kata pepatah Inggeris, “Don’t cry over spilled milk,” atau pepatah Melayu, “sakit menimpa, sesal terlambat.” Benda dah terjadi.

Ayuh kita sama-sama berjuang untuk ratakan lengkung sekali lagi! Jika kita semua dapat lakukannya dahulu, kita dapat lakukannya sekali lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lima Baka Kucing Paling Comel Yang Pasti Membuatkan Anda Cair
Next Article KKM Mengesahkan Malaysia Kini Memasuki Gelombang Ketiga Pandemik KKM Mengesahkan Malaysia Kini Memasuki Gelombang Ketiga Pandemik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?