• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Van Pelajar SMK Lake Terbalik, 3 Pelajar Cedera Dan 3 Selamat

Oleh
Farisha
6 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Insiden van sekolah terbalik di Bau, 6 pelajar terlibat dalam kemalangan

Van Pelajar SMK Lake Terbalik, 3 Pelajar Cedera Dan 3 Selamat. Tiga pelajar mengalami kecederaan ringan manakala tiga yang lain selamat dalam satu kejadian van terbalik di Jalan Kampung Pangkalan Tebang pagi tadi.

Menurut pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Bau, dua mangsa yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Krokong sekitar pukul 8.25 pagi.

Van Pelajar SMK Lake Terbalik, 3 Pelajar Cedera Dan 3 Selamat
Van Pelajar SMK Lake Terbalik, 3 Pelajar Cedera Dan 3 Selamat

“Mangsa pertama, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun, mengalami luka lecet di tapak tangan kiri (ringan) dan sakit di bahagian rusuk kiri bawah tanpa lebam atau kesukaran bernafas. Tanda-tanda vitalnya dilaporkan stabil.

“Mangsa kedua, seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun, mengalami luka lecet di tangan dan beberapa tempat lain, serta luka koyak sedalam 1cm di dahi. Bagaimanapun, mangsa menolak untuk dijahit,” katanya kepada DayakDaily.

Sementara itu, mangsa ketiga, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, tiba di Hospital Bau pada pukul 8.20 pagi, dibawa oleh orang awam yang lalu di kawasan kejadian.

“Beliau mengalami kecederaan tisu lembut dan kemudiannya dibenarkan pulang,” tambahnya.

Sekitar pukul 7.30 pagi tadi, sebuah van yang membawa pelajar SMK Lake telah terjatuh ke cerun tepi jalan dan terbalik di Jalan Kampung Pangkalan Tebang.

Semua mangsa berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Bau dan Klinik Kesihatan Krokong, sebelum ketibaan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak (Bomba).

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kemalangan yang berlaku di Sarawak:

Kemalangan Di Lebuhraya Samarahan-Kuching, Pemandu Agresif Ditahan Selepas Acukan Pisau Kepada Polis
Kecuaian Pemandu Ketika Memotong, 4 Beranak Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Keningau
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kes Curi Kabel Di Desa Wira, 3 Lelaki Ditangkap
Next Article Pusat Sains Sarawak Bakal Siap Disember 2025 Dan SRDC Siap Menjelang 2026

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?