• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Video Van Putih Polis Tawaf Mengelilingi Bulatan Di Sibu Buat Netizen Berseloroh

Oleh
ILB - AI
30 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Orang tawaf Kaabah? Bukan. Van putih polis tawaf bulatan.

Video Van Putih Polis Tawaf Mengelilingi Bulatan Di Sibu Buat Netizen Berseloroh. Tawaf membawa maksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Tapi, tawaf kali ini bukan mengelilingi Kaabah. Sebaliknya, kejadian sebuah van putih polis telah mengelilingi satu bulatan di Sibu berkali-kali.

Van putih milik pihak polis tersebut atau dikenali sebagai balai polis bergerak tersebut telah terakam mengelilingi sebuah bulatan di Sibu pada malam tadi. Video ini pula telah dimuatnaik di TikTok menggunakan akaun @polissibusarawak.

Video Van Putih Polis Tawaf Mengelilingi Bulatan Di Sibu Buat Netizen Berseloroh
Video Van Putih Polis Tawaf Mengelilingi Bulatan Di Sibu Buat Netizen Berseloroh. Sumber gambar: TikTok @polissibusarawak

Aksi balai polis bergerak buat netizen rancak berseloroh

Video pendek tersebut menyaksikan balai polis bergerak tersebut mengelilingi bulatan beberapa kali dan hal ini telah menarik perhatian netizen. Lebih-lebih lagi apabila kelihatan beberapa buah motorsikal berada di hadapan van tersebut, sememangnya membuat netizen semakin rancak berseloroh.

Ada yang berseloroh di ruangan komen dengan mengatakan bahawa ini adalah modus kes culik budak motorsikal masuk van putih kerana van putih juga sinomin dengan kes penculikan. Bahkan, ada juga yang berjenaka bahawa van tersebut tengah mencari satu lokasi yang sampai sekarang masih sesat.

Video Van Putih Polis Tawaf Mengelilingi Bulatan Di Sibu Buat Netizen Berseloroh
Video Van Putih Polis Tawaf Mengelilingi Bulatan Di Sibu Buat Netizen Berseloroh. Sumber gambar: TikTok @polissibusarawak

Bukan itu sahaja, malah pemilihan lagu untuk mengiringi video tersebut juga cukup mencuit hati. Lagu Didi and Friends yang mempunyai lirik ”pusing-pusing” tersebut dikatakan memainkan peranan penting juga.

Video Van Putih Polis Tawaf Mengelilingi Bulatan Di Sibu Buat Netizen Berseloroh
Video Van Putih Polis Tawaf Mengelilingi Bulatan Di Sibu Buat Netizen Berseloroh. Sumber gambar: TikTok @polissibusarawak

Polis sekarang pandai kan, nak bergurau pun yang kasar dia bukan main. Tapi, mungkin ini juga merupakan salah satu taktik dalam penugasan mereka. Apa-apa pun video van putih polis ini tidak dinafikan, ianya sangat menghiburkan.

https://www.tiktok.com/@polisibusarawak/video/7148457691499875611?_r=1&_t=8W5h1lcW038&is_from_webapp=v1&item_id=7148457691499875611

Dalam suka kita menonton video ini, pihak polis juga adalah tunjang dalam membanteras kes jenayah di negara kita. Boleh baca artikel dibawah untuk cerita yang lain:

Cuba Campak Dadah Elak Ditahan, Polis Miri Tahan Lelaki Disyaki Edar Syabu Bernilai RM9,800
Luka Teruk Bahagian Kepala, Lelaki Pukul Teman Wanita Kini Diburu Polis Di Kuching
SUMBER :TikTok @polissibusarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TUDM Laksana Latihan Pesawat Terbang Rendah Di Sekitar Daerah Sabah Bermula Hari Ini
Next Article Senator Filipina Desak Tuntut Sabah Berikutan 'Timbang Tara' Malaysia Dengan Waris Sulu Senator Filipina Desak Tuntut Sabah Berikutan ‘Timbang Tara’ Malaysia Dengan Waris Sulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?