• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Nikmati Hamparan Laut Biru Dari Atas Villa Terapung Di Nusakuya Semporna

Oleh
Farisha
28 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Tak sah kalau tak ke Semporna

Nikmati Hamparan Laut Biru Dari Atas Villa Terapung Di Nusakuya Semporna. Rata-rata di antara kita, pasti akan memilih Semporna sebagai destinasi pelancongan bersama keluarga serta pasangan masing-masing.

Mana tidak, jika kita lihat di ruangan media sosial pasti ada yang berkongsi detik percutian seakan-akan berada di Maldives, namun bahtera perlayaran mereka bersauh di negeri di bawah bayu Sabah.

Nikmati Hamparan Laut Biru Dari Atas Villa Terapung Di Nusakuya Semporna
Nikmati Hamparan Laut Biru Dari Atas Villa Terapung Di Nusakuya Semporna

Jika anda pernah menjejakkan kaki di Semporna, semestinya anda sudah lazim dengan keindahan pulau di situ dengan airnya yang jernih dan biru kehijauan seakan syurga dunia yang sempurna sesuai dengan namanya.

Perjalanan bermula dari jeti Semporna menaiki boat transfer

Perjalanan akan bermula dari Tawau yang hanya mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai ke jeti Semporna. Terdapat perkhidmatan boat transfer dari jeti untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju iaitu Nusakuya Resort.

Nusakuya Resort merupakan sebuah pusat penginapan berkonsepkan villa terapung. Bukan sahaja unik, menarik dan juga cantik, resort ini juga lebih private kerana terletak di lokasi yang agak terpencil.

Ada dua jenis villa di resort ini iaitu double room dan family room, anda boleh memilih jenis villa yang sesuai dengan saiz keluarga dan juga keselesaan anda.

Hamparan Lautan Biru Semporna, Nikmati Percutian Villa Terapung Di Nusakuya Resort
Bilik di villa terapung Nusakuya Resort. Kredit foto: FB Nusakuya Resort

Pakej all-in di Nusakuya Resort termasuk penginapan, boat transfer, island hopping dan sewa snorkeling

Untuk pengetahuan anda, setiap harga bilik ini adalah pakej all-in termasuk dengan boat transfer, 3 kali makan, island hopping dan sewaan peralatan snorkeling.

Villa di sini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik mandi tersendiri, penghawa dingin, kipas angin, toiletries, tuala, TV, kelengkapan membuat kopi/teh dan paling istimewa tangga yang membawa anda melihat pemandangan laut.

Hamparan Lautan Biru Semporna, Nikmati Percutian Villa Terapung Di Nusakuya Resort
Nusakuya Resor. Kredit foto: FB Nusakuya Resort

Di Nusakuya Resort, mereka menyediakan pakej all-in jika menginap di sini, terdapat 3 pakej island hopping yang disediakan dan anda boleh pilih antaranya:

  • Pakej A – Hiking di Bohey Dulang, Sibuan, Matabuan Island
  • Pakej B – Kapalai Island & Mabul
  • Pakej C – Pom Pom, Timba Timba Island, Mataking

Bermacam jenis perkhidmatan disediakan

Jika anda teringin untuk meneroka lautan biru di situ, aktiviti kayak lutsinar (transparent kayak) juga disediakan untuk melihat keadaan di dalam laut.

Hamparan Lautan Biru Semporna, Nikmati Percutian Villa Terapung Di Nusakuya Resort
Aktiviti kayak lutsinar dapat melihat keadaan di dalam air biru yang jernih. Kredit foto: FB Nusakuya Resort

Yang pastinya, jika anda memilih Nusakuya Resort sebagai destinasi bulan madu, mereka juga menyediakan pakej bulan madu termasuk candlelight dinner dan sarapan atas katil disediakan khas untuk anda dan pasangan.

Hamparan Lautan Biru Semporna, Nikmati Percutian Villa Terapung Di Nusakuya Resort
Breakfast in bed. Kredit foto: FB Nusakuya Resort

Selain itu, perkhidmatan Jalan-Jalan Tawau juga disediakan untuk membawa anda ke Tawau meneroka bandar.

Sememangnya, villa terapung seperti di Nusakuya Resort ini jarang sekali ditemui di negara ini, dan pastinya ini merupakan destinasi pelancongan yang worth it kerana dihidangkan dengan pemandangan indah dan juga servis yang menarik.

Lagi destinasi pelancongan menarik yang akan boleh terokai di Sabah dan Sarawak, baca di sini:

https://www.iloveborneo.my/nikmati-percutian-indah-pulau-lankayan-dive-resort-sabah-tawar-konsep-elegan-seperti-berada-di-maldives/
Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Tenang Di Serembu Eco Park Siniawan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dedah Diseksa Penipuan Kerja Di Kemboja, Mangsa Selamat Kembali Ke Sabah Dedah Diseksa Penipuan Kerja Di Kemboja, Mangsa Selamat Kembali Ke Sabah
Next Article 'Bodek' Anak Bawah Umur Lakukan Seks, Bapa Direman 5 Hari Di Kuching ‘Bodek’ Anak Bawah Umur Lakukan Seks, Bapa Direman 5 Hari Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?