• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Asal Sandakan Ini Beri Sebab Mengapa Jawi ‘Selamat’ Diajar Di Sekolah

Oleh
Ismail NA
3 Januari 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Wanita Asal Sandakan Ini Beri Sebab Mengapa Jawi 'Selamat' Diajar Di Sekolah

Bahaya Sangatkah Tulisan Jawi? Tulisan Je Pun.

Wanita Asal Sandakan Ini Beri Sebab Mengapa Jawi ‘Selamat’ Diajar Di Sekolah. Baru-baru ini, dunia pendidikan Malaysia digemparkan dengan bantahan sebuah badan bukan kerajaan terhadap pengajaran tulisan Jawi dalam silibus sekolah…yang hanya diselitkan sebanyak 3 mukasurat dalam halaman buku teks. Hmmm.

A Real Malaysian Malaysia.

Namun demikian, seorang wanita daripada Sandakan, Sabah, Liew Wean Chee ini telah tampil memberikan sebab mengapa Jawi bukanlah sesuatu yang ‘merbahaya’ untuk diajar di sekolah. Perkongsian wanita ini yang telah dimuat naik semula oleh pengguna Twitter Naim Mustafa dan menjadi viral apabila mendapat 14.2 ribu tweets serta 10.4 ribu likes.

Wanita Asal Sandakan Ini Beri Sebab Mengapa Jawi 'Selamat' Diajar Di Sekolah
Wanita Asal Sandakan Ini Beri Sebab Mengapa Jawi ‘Selamat’ Diajar Di Sekolah
Wanita Asal Sandakan Ini Beri Sebab Mengapa Jawi 'Selamat' Diajar Di Sekolah
Wanita Asal Sandakan Ini Beri Sebab Mengapa Jawi 'Selamat' Diajar Di Sekolah

Melalui perkongsian wanita ini, beliau memberitahu bahawa tulisan Jawi hanyalah sekadar tulisan dalam huruf Arab dan tidak mempunyai kaitan dengan ‘Islamisasi’ seperti mana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Menurut Liew yang berketurunan Cina, beliau masih menganggap dirinya sebagai seorang Cina dan tidak pernah sesekali ‘masuk Melayu’ walau pun belajar di sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tambahnya lagi, beliau mengambil matapelajaran Tamadun Islam dan Sejarah Islam di peringkat STPM dan mendapat gred A dalam subjek tersebut. Namun, perkara tersebut tidak pernah mengganggu status bangsa dan agama beliau.

“Sebenarnya sesuatu bahasa atau tulisan/huruf yang dipelajari seseorang itu tidak akan mengubah status bangsa atau agama seseorang bah. Bila masa kamu nampak seseorang itu belajar Bahasa Inggeris, terus dia jadi orang putih ataupun terus teruja nak masuk Kristian!” (insert slang Sabah)

Liew juga berpendapat bahawa tulisan Jawi hanyalah huruf Arab dengan tambahan 6 huruf yang digunakan untuk menulis perkataan Bahasa Melayu. Malah, ia merupakan suatu bonus kerana ilmu tulisan itu luas dan pelbagai.

Apa Pula Kata Netizen?

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat gadis Sabah ini. Siap ada yang ucap goodluck kepada Liew kerana menunjukkan semangat Malaysian yang sebenar.

Wanita Asal Sandakan Ini Beri Sebab Mengapa Jawi 'Selamat' Diajar Di Sekolah

Tulisan Jawi dibantah untuk diajar di sekolah kerana dikhuatiri membawa propaganda ‘Islamisasi’ kepada pelajar bukan Islam. Ada juga bijak pandai yang berkata bahawa tulisan Jawi tidak relevan untuk diajar di sekolah kerana ‘Mana ada orang nak baca Jawi lagi zaman sekarang! Everything is in Rumi! This is all rubbish!”

Papan Tanda Perniagaan Bukan Melayu Di Sarawak Siap Ada Translate Jawi

Gambar di atas merupakan contoh papan tanda perniagaan bukan Melayu di sekitar Bandaraya Kuching. Di Sarawak, papan tanda perniagaan bukan Melayu masih lagi menggunakan papan tanda lama yang mempunyai tulisan Jawi. Nyata ia bukanlah masalah besar bagi penduduk di sebelah Timur Malaysia ini. Kalau tidak, pasti sudah lama ia diturunkan dan digantikan dengan papan tanda yang baru.

Konsep Belajar Jawi Tak Ubah Seperti Belajar Tulisan Cina, India Mahu Pun Korea

Jika difikirkan secara logik, memang benar apa yang dikatakan oleh Liew ini. Konsep mempelajari tulisan Jawi ini tidak ubah seperti anda mempelajari tulisan Cina, India, mahu pun Korea. Malah, ia lebih senang untuk dipelajari kerana perkataan yang anda tulis hanyalah perkataan Melayu. Bezanya cuma huruf Rumi dan Jawi.

Jika benar seperti apa yang didakwa, mengapa tidak dimansuhkan sahaja subjek Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa Korea di sekolah berasrama penuh yang mana kebanyakan pelajarnya adalah pelajar Islam? Begitu juga dengan subjek tulisan bahasa asing di universiti di Malaysia? Apa yang susah sangat nak faham sebenarnya ni?

Alangkah indahnya jika rakyat kita benar-benar faham erti Malaysia di jiwa. Bukan Melayu, bukan Cina, bukan India, bukan lain-lain tetapi sebagai BANGSA MALAYSIA.

Salam 2020.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Perlu Transit KL, Sarawak Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Tanah Suci Tak Perlu Transit KL, Sarawak Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Tanah Suci
Next Article Fakta Menarik Tentang 'Apai' Sarawak, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Yang Baru Fakta Menarik Tentang ‘Apai’ Sarawak, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Yang Baru

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?