• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Wanita Ciplak Sambal Nyet Berapi Mohon Maaf, Khairulaming Tuntut Pampasan Tunai

Oleh
Ismail NA
29 April 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Kes ini akhirnya diselesaikan dengan berhemah dan tegas oleh Khairulaming.

Wanita Ciplak Sambal Nyet Berapi Mohon Maaf, Khairulaming Tuntut Pampasan Tunai. Siapa tak sakit hati kalau produk kita ditiru dan dijual pada orang ramai, kan?

Isi Isi Penting
  • Kes ini akhirnya diselesaikan dengan berhemah dan tegas oleh Khairulaming.
  • Khairulaming tuntut 3 perkara daripada penciplak Sambal Nyet Berapi
  • Netizen puji cara Khairulaming kendalikan isu sambal ciplak
  • Jika anda ketinggalan, baca kisah sebelumnya di sini :

Baru sahaja tular kes mengenai Sambal Nyet Berapi oleh Khairulaming yang diciplak dan dijual semula oleh individu tidak bertanggungjawab, namun kes tersebut nampaknya tidak berlarutan lama apabila wanita yang menjadi penjual semula sambal tiruan tersebut tampil memohon maaf kepada Khairulaming.

Perkara ini dijelaskan oleh Khairulaming dalam bebenang Twitter yang dimuat naik oleh beliau petang tadi.

Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dh naik semalam (thanks for sharing guys🙏🏻), she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang2 mcm tu je walaupun datang dengan air mata. So ada tiga tuntutan we demand from her: pic.twitter.com/PtwtU0B363

— Khairulaming (@khairulaming) April 29, 2021

Khairulaming tuntut 3 perkara daripada penciplak Sambal Nyet Berapi

Menerusi bebenang tersebut, wanita tersebut tampil bersemuka dengan Khairulaming dan memohon maaf atas perbuatannya itu. Namun demikian, Khairulaming menegaskan bahawa beliau ingin menuntut beberapa perkara daripada wanita tersebut sebagai ganti rugi.

Tuntutan yang pertama dibuat oleh Khairulaming adalah tuntutan pampasan tunai daripada wanita tersebut. Walau bagaimanapun, wang pampasan tersebut tidak akan dipulangkan semula atau refund kepada pelanggan yang meminta refund sebelum ini kerana beliau mahu pelanggan yang terlibat menanggung sendiri kerugian yang dialami sedangkan pelanggan sebelum ini telah diingatkan untuk tidak sesekali membeli Sambal Nyet Berapi daripada orang lain selain akaun Shopee Khairulaming sendiri.

Khairulaming turut menjelaskan bahawa beliau tidak akan menggunakan wang pampasan tersebut untuk tujuan lain sebaliknya wang tersebut akan disedekahkan 100% kepada asnaf yang memerlukan di bulan puasa ini.

Tidak cukup dengan itu, Khairulaming juga turut menuntut video permohonan maaf daripada wanita tersebut yang dimuat naik sama dalam bebenang tersebut. Menerusi video tersebut, wanita tersebut berterus terang dan mengaku kesalahannya memalsukan kandungan sambal dan reka bentuk botol Sambal Nyet Berapi.

Wanita Ciplak Sambal Nyet Berapi Mohon Maaf, Khairulaming Tuntut Pampasan Tunai
Wanita Ciplak Sambal Nyet Berapi Mohon Maaf, Khairulaming Tuntut Pampasan Tunai
Sumber : Twitter @khairulaming

Tuntutan ketiga pula adalah pernyataan pengakuan salah oleh wanita tersebut di balai polis. Wanita tersebut dikhabarkan telah membuat pengakuan di Balai Polis Damansara iaitu balai polis yang sama tempat Khairulaming membuat laporan mengenai pemalsuan produknya itu.

Akibat daripada perbuatan tidak bertanggungjawab wanita tersebut, kedai dalam talian yang menjual sambal ciplak tersebut telahpun disekat dan dipadam dari platform Shopee walaupun kedai tersebut telah diubah nama semalam daripada MasturaAliyah ke DK Perfume Shop.

Wanita Ciplak Sambal Nyet Berapi Mohon Maaf, Khairulaming Tuntut Pampasan Tunai
Sumber : Twitter @khairulaming

Khairulaming berharap agar kejadian ini memberi pengajaran kepada semua agar tidak mengambil kesempatan dan ambil mudah tentang perkara seperti ini. Pelanggan juga perlulah menjadi lebih bijak dengan tidak sewenang-wenangnya membeli produk yang tidak asli dan bukan dari sumber asal atau reseller. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

Netizen puji cara Khairulaming kendalikan isu sambal ciplak

Dalam pada masa yang sama, netizen juga turut memuji cara Khairulaming mengendalikan perniagaan dan isu yang timbul sepanjang perjalanannya menjual Sambal Nyet Berapi.

Wanita Ciplak Sambal Nyet Berapi Mohon Maaf, Khairulaming Tuntut Pampasan Tunai
Sumber : Twitter @khairulaming
Wanita Ciplak Sambal Nyet Berapi Mohon Maaf, Khairulaming Tuntut Pampasan Tunai
Sumber : Twitter @khairulaming
Wanita Ciplak Sambal Nyet Berapi Mohon Maaf, Khairulaming Tuntut Pampasan Tunai
Sumber : Twitter @khairulaming

“Selain dari resipi memasak kita boleh belajar sesuatu dari Khairulaming seperti products marketing, strategic management, people centrics, socmed opportunities, gigs economy, team leadership, dan bila ada produk palsu yang ganggu bisnes, dia guna pakai risk managements & damage control yang baik”

Netizen

Setakat ini, cara Khairulaming ini menjalankan perniagaan begitu sistematik dan telus sehingga setiap penambah baikan dimaklumkan kepada pelanggan agar mereka mengetahui bahawa kualiti sambal ini sentiasa terjaga. Mungkin anda boleh mengambil pelajaran daripada kisah ini atau berguru dengan Khairulaming menerusi perkongsiannya di laman sosial media beliau. Semoga terus maju jaya Khairulaming!

Jika anda ketinggalan, baca kisah sebelumnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Bingung Nasi Dari Beras Tempatan Lembik, Lelaki Ini Kongsi Cara Masak Dijamin Cun
Next Article Ini Adalah 36 Jenis Bunga Api Yang Boleh Dijual Sempena Aidilfitri Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?