• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berang Dikutuk Dari Belakang, Wanita Didenda RM500 Gara-Gara Tampar Rakan

Oleh
Aina Musa
24 Mei 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

Padah menyebabkan kecederaan

Berang Dikutuk Dari Belakang, Wanita Didenda RM500 Gara-Gara Tampar Rakan. Seorang wanita diperintah berkelakuan baik selama enam bulan dan didenda RM500 kerana menampar pipi rakannya di sebuah kelab malam.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Chin Choon Lian, 37 tahun, setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah.

Berang Dikutuk Dari Belakang, Wanita Didenda RM500 Gara-Gara Tampar Rakan. Sumber: Utusan Borneo

Berdasarkan fakta kes, sekitar jam 3.30 pagi pada 13 Mei 2024, di sebuah kelab malam di Jalan Sekama, mangsa berusia 27 tahun dari Pulau Pinang sedang minum bersama seorang rakan sebelum didatangi Chin.

Chin kemudian secara tiba-tiba menampar pipi mangsa, menyebabkan mangsa membuat laporan polis.

Selepas kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak dan dilaporkan bahawa pipi kirinya bengkak akibat tamparan tersebut.

Siasatan mendapati bahawa Chin dan mangsa adalah kenalan, tetapi tidak rapat.

Mereka bertengkar kerana Chin tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai mengutuk Chin di belakangnya.

Kes ini didakwa oleh Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, sementara Chin tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Dari Lundu Dipenjara 10 tahun Dan 3 Sebatan Kerana Merogol Kanak-Kanak Bawah Umur Lelaki Dari Lundu Dipenjara 10 tahun Dan 3 Sebatan Kerana Merogol Kanak-Kanak Bawah Umur
Next Article XIOKK Mohon Maaf Atas Kontroversi Pakaian Tradisional Sabah Dan Sikap Elle Thong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?