• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Di Kuching Tiada Sejarah Perjalanan Disahkan Positif Omicron, Empat Kes Telah Dikesan Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
24 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Wanita Di Kuching Tiada Sejarah Perjalanan Disahkan Positif Omicron, Empat Kes Telah Dikesan Di Sarawak

Dua kes di Bintulu, manakala dua lagi di Kuching

Wanita Di Kuching Tiada Sejarah Perjalanan Disahkan Positif Omicron, Empat Kes Telah Dikesan Di Sarawak. Telah dilaporkan bahawa, sebanyak empat kes varian Omicron telah dikesan di Sarawak.

Dipetik dari Berita Harian, Profesor David Perera, Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia, Sarawak (UNIMAS) berkata, dua kes yang dilaporkan di Bintulu telah melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria dan menjalani ujian calit (swab test) pada 19 Disember lalu.

Jelas beliau, satu lagi kes melibatkan seorang lelaki berusia 19 tahun yang pulang dari United Kingdom (UK) dan telah menjalani ujian calit pada 14 Disember lalu.

Tambah beliau lagi, manakala dua lagi kes ditemui di Kuching, satu membabitkan wanita berusia 25 tahun yang pulang dari UK dan telah menjalani ujian calit pada 22 Disember.

Manakala seorang lagi wanita tanpa sejarah perjalanan. Ianya mungkin kes penularan tempatan.

Wanita Di Kuching Tiada Sejarah Perjalanan Disahkan Positif Omicron, Empat Kes Telah Dikesan Di Sarawak
Sumber gambar: KLIA2.com

Beliau turut menggesa orang ramai untuk lebih berhati-hati

Dr Parera yang juga merupakan ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 di Sarawak berkata bahawa, memandangkan varian Omicron adalah kes tempatan dan mudah merebak di antara masyarakat, beliau menggesa orang ramai untuk lebih berhati-hati semasa menyambut Krismas, cuti Tahun Baru dan hujung tahun ini.

Beliau juga menasihati agar orang ramai menerima suntikan penggalak dengan segera, jika mereka belum melakukannya. Kerana, kajian telah menunjukkan bahawa dos suntikan diperlukan untuk meningkatkan tahap antibodi secara neutral untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan Omicron.

“SOP kesihatan awam (prosedur operasi standard) mesti dipatuhi dengan ketat, dan perhimpunan harus dielakkan sebaik mungkin untuk mengelakkan penularan yang lebih teruk.”

Pada 18 Disember yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata dua kes varian COVID-19 Omicron direkodkan di Sarawak pada 17 Disember, membabitkan individu daripada pelancong UK dan Amerika Syarikat.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 6 Fakta Menarik Tentang Perayaan Krismas Anda Mungkin Tak Tahu Ini 6 Fakta Menarik Tentang Perayaan Krismas Anda Mungkin Tak Tahu
Next Article Kantoi Berbogel Di Dapur, Individu Di Miri Diberkas Rogol Gadis Bawah Umur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?