• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk ‘Horlick’ Guna 2 Bahan Sahaja

Oleh
Ismail NA
18 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Alternatif Yang ‘Ngam’ Ganti Horlick Dalam Pembuatan Kek Dan Biskut

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk ‘Horlick’ Guna 2 Bahan Sahaja. Di musim perayaan ini, banyak pula keluhan daripada netizen di Sarawak yang mendakwa bekalan Horlick agak kurang dan sukar didapati buat masa ini. Untuk pengetahuan anda, serbuk Horlick merupakan sejenis serbuk minuman malt.

Walau bagaimanapun, Horlick bukanlah sekadar serbuk minuman biasa kerana ia merupakan salah satu bahan yang penting dalam pembuatan kek dan biskut. Selain mampu memberikan rasa enak kepada kek, ia juga boleh memberikan rasa lemak kepada kek dan biskut anda.

Tapi, jangan risau! Anda sebenarnya boleh menghasilkan sendiri serbuk Horlick sendiri dengan hanya menggunakan 2 jenis bahan sahaja. Melalui perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna, Doria Robert Kawen, telah memuat naik cara-cara menghasilkan alternatif Horlick yang pastinya melegakan para pembuat kek dan biskut di luar sana.

Setakat ini, perkongsian beliau telah mendapat 2.9K ‘shares’ dan 799 tanda suka.

Jom kita lihat cara pembuatan alternatif Horlick ini.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk 'Horlick' Guna 2 Bahan Sahaja
Kredit : FB Doria Robert Kawan

1 Cawan Susu Tepung Dan 1 Cawan Serbuk Nestum

Menurut Doria, anda hanya memerlukan Nestum dan susu tepung sahaja untuk menghasilkan alternatif Horlick. Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah mengisar Nestum sehingga menjadi halus. Kemudian, campurkan serbuk Nestum yang telah dikisar halus dengan susu tepung dengan nisbah 1 : 1. Contohnya, 1 cawan Nestum dicampur bersama 1 cawan tepung susu.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk 'Horlick' Guna 2 Bahan Sahaja
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk ‘Horlick’ Guna 2 Bahan Sahaja
Kredit : Kredit : FB Doria Robert Kawan

Rasa Alternatif Yang ‘Ngam’, Tambah Gula Jika Mahu Sedikit Manis

Tambahnya lagi, beliau suka menggunakan susu tepung jenama ‘Every Day’ untuk membuat alternatif Horlick ini. Jika inginkan rasa yang sedikit manis, anda boleh juga menambah gula aising atau gula halus. Alternatif Horlick tanpa gula juga sudah cukup memadai dan ‘ngam’ kerana beliau telah menggunakan serbuk ini semasa pembuatan kek lapis Sarawak iaitu Kek Holiday Inn.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk 'Horlick' Guna 2 Bahan Sahaja
Kredit : FB Doria Robert Kawan

Doria turut menjelaskan bahawa campuran ini hanyalah sekadar alternatif kepada malt yang digunakan dalam pembuatan kek dan biskut. Untuk pengetahuan anda, malt ialah bijirin yang telah diproses (dimasak dan dikeringkan) kemudian ditambah gula. Nestum pula sejenis bijirin yang lebih lembut dan ringan.

Bagi anda yang masih tercari-cari serbuk Horlick tu, usah lah bersedih. Beli sahaja Nestum dan tepung susu dan buat sendiri serbuk Horlick alternatif anda.

Jika inginkan kek atau biskut yang ‘confirm’ menjadi, boleh cuba baca tips memilih butter ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Dapat Bonus, Posmen Terduduk Lencun Selepas Hujan Runtun Simpati Netizen
Next Article Farmasi 'Drive-Thru' Kini Beroperasi Di Kozi Square Kuching Farmasi ‘Drive-Thru’ Kini Beroperasi Di Kozi Square Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?