• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ini Kongsi Prosedur Rentas Negara Dari Limbang Melalui Brunei

Oleh
Ismail NA
17 Jun 2020
Kongsi
8 Min Bacaan

Ini Prosedur Lengkap Untuk Merentas Negara Buat Orang Limbang Dan Lawas.

Wanita Ini Kongsi Prosedur Rentas Negara Dari Limbang Melalui Brunei. Jika di Sarawak, perjalanan rentas daerah sudah pun dibenarkan. Ini bermaksud tiada sekatan jalan raya yang dilakukan bagi mengelakkan orang ramai keluar untuk bekerja atau melakukan aktivit harian.

Isi Isi Penting
  • Ini Prosedur Lengkap Untuk Merentas Negara Buat Orang Limbang Dan Lawas.
  • Mujurlah gadis ini berkongsi pengalaman beliau merentas Brunei dari Limbang. Menerusi kiriman Fatin Fatinah di laman Facebook, beliau menceritakan dari A hingga Z tentang prosedur yang perlu anda lakukan jika ingin merentas Brunei.
  • 1. Buat Permohonan Permit Dari Balai Polis
  • 2. Isi Borang Permohonan Masuk Ke Negara Brunei Darussalam
  • 3. Satukan semua dokumen yang diperlukan dalam satu fail PDF
  • 4. Hantar ke alamat e-mel : [email protected]
  • 5. Tunggu kelulusan
  • 6. Cetak Atau Perbaharui Permit Pas Kenderaan Untuk Masuk Ke Brunei
  • Perlu lalu mana semasa nak rentas negara Brunei? Apa yang diperlukan?
  • Checkpoint 1 : Imigresen Malaysia di Limbang
  • Checkpoint 2 : Imigresen Brunei di Limbang
  • Checkpoint 3 : ICQS Sungai Tujuh, Brunei/Malaysia
  • Tahukah anda bahawa Limbang mempunyai kawasan eko-pelancongan yang best dan menarik? Baca artikel ini :
  • Ini pula panduan roadtrip Sarawak ke Sabah melalui Brunei :

Namun, istilah tersebut tidak begitu tepat untuk penduduk di Limbang dan Lawas kerana mereka terpaksa melalui sebuah negara terlebih dahulu sebelum sampai ke bahagian-bahagian atau daerah di Sarawak.

Lebih menyukarkan, kekurangan maklumat daripada individu yang berpengalaman merentas negara menyebabkan urusan mereka tergendala dan sukar untuk bergerak di kala perintah kawalan pergerakan sudah mula dilonggarkan.

Mujurlah gadis ini berkongsi pengalaman beliau merentas Brunei dari Limbang. Menerusi kiriman Fatin Fatinah di laman Facebook, beliau menceritakan dari A hingga Z tentang prosedur yang perlu anda lakukan jika ingin merentas Brunei.

Seperti yang anda tahu, prosedur merentas negara agak sedikit rumit. Jadi, persiapkan diri anda sambil membaca perkongsian beliau yang telah kami ringkaskan.

1. Buat Permohonan Permit Dari Balai Polis

Dokumen yang diperlukan ialah ;

  1. 2 salinan borang permit polis (untuk rujukan balai dan diri sendiri)
  2. 2 salinan kad pengenalan
  3. Surat panggilan bertugas atau dokumen lain yang berkenaan
Wanita Ini Kongsi Prosedur Rentas Negara Dari Limbang Melalui Brunei

2. Isi Borang Permohonan Masuk Ke Negara Brunei Darussalam

Langkah yang seterusnya pula ialah mengisi borang permohonan masuk ke negara Brunei Darussalam. Untuk mengisi borang permohonan tersebut, anda perlu melayari laman sesawang mereka iaitu ;

http://www.immigration.gov.bn

Kemudian, klik pada BORANG PERMOHONAN MASUK KE NBD dan muat turun Borang A.

Setelah itu, cetak dan isi secara manual mengikut maklumat yang dipinta di dalam borang tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Borang A ini adalah borang yang perlu diisi oleh warganegara Malaysia yang berhasrat untuk transit perjalanan Limbang-Brunei atas urusan kerja, kembali bertugas atau mendapatkan rawatan kesihatan.

Wanita Ini Kongsi Prosedur Rentas Negara Dari Limbang Melalui Brunei
Wanita Ini Kongsi Prosedur Rentas Negara Dari Limbang Melalui Brunei
Wanita Ini Kongsi Prosedur Rentas Negara Dari Limbang Melalui Brunei
Contoh Borang A
Kredit : FB Fatin Fatinah

Pastikan anda juga menyediakan dokumen yang lengkap seperti berikut ;

  1. Borang A yang telah lengkap diisi (boleh diimbas/scan atau diambil gambar)
  2. Salinan muka surat pasport bahagian hadapan
  3. Cop di muka surat terakhir perjalanan keluar masuk pasport
  4. Salinan permit polis yang telah disahkan
  5. Salinan SDMC (Enter & Exit Sarawak/Step 2) yang telah diluluskan
  6. Salinan surat panggilan bertugas atau kerja
  7. Mana-mana salinan dokumen yang berkaitan

Seelok-eloknya, lakukan urusan ini seawal yang mungkin sebelum tarikh berangkat kerana hari hujung minggu di Brunei ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.

3. Satukan semua dokumen yang diperlukan dalam satu fail PDF

Jika anda mempunyai aplikasi scanner atau telah mengambil gambar, anda boleh satukan kesemua dokumen ini ke dalam sebuah fail PDF. Untuk tujuan ini, anda boleh menggunakan aplikasi ClearScanner yang boleh dimuat turun di Play Store dan App Store.

Anda juga boleh menghantarnya sebagai fail dokumen satu per satu (berasingan). Tetapi pastikan anda menyimpannya sebagai fail PDF agar formatnya tidak berubah.

4. Hantar ke alamat e-mel : [email protected]

Wanita Ini Kongsi Prosedur Rentas Negara Dari Limbang Melalui Brunei
Kredit : FB Fatin Fatinah

5. Tunggu kelulusan

Permohonan yang dibuat oleh Fatin diluluskan dalam masa kurang dari sehari. Menurut beliau, permohonan yang lengkap dihantar pada sekitar jam 10 pagi dan menerima kelulusan jam 3 petang pada hari yang sama.

Wanita Ini Kongsi Prosedur Rentas Negara Dari Limbang Melalui Brunei
Wanita Ini Kongsi Prosedur Rentas Negara Dari Limbang Melalui Brunei

Jelasnya lagi, beliau tidak perlu mengisi sebarang borang transit yang lain. Walau bagaimanapun, sekiranya anda dikehendaki untuk mengisi borang tambahan transit perjalanan darat sebelum diberi kelulusan, anda tidak perlu ragu-ragu dan teruskan mengisi.

Contoh borang transit perjalanan tambahan memasuki Brunei Darussalam
Kredit : FB Fatin Fatinah

Permohonan pasti akan berjaya sekiranya maklumat yang diberikan adalah lengkap.

6. Cetak Atau Perbaharui Permit Pas Kenderaan Untuk Masuk Ke Brunei

Satu lagi perkara penting yang anda mesti semak untuk persiapan merentas negara ialah anda perlulah memiliki permit pas kenderaan untuk masuk ke Brunei. Untuk tujuan ini pula, anda perlu mencetak atau memperbaharui permit tersebut di laman sesawang berikut ;

https://bdnsw.mofe.gov.bn

Wanita Ini Kongsi Prosedur Rentas Negara Dari Limbang Melalui Brunei
Kredit : FB Fatin Fatinah
Kredit : FB Fatin Fatinah

Perlu lalu mana semasa nak rentas negara Brunei? Apa yang diperlukan?

Menurut Fatin, pengalaman beliau merentas negara untuk urusan kerja ini memerlukan anda menyediakan beberapa set salinan dokumen untuk rujukan pihak berkuasa semasa di Brunei.

Beliau bertolak pada hari bekerja iaitu Isnin (8 Jun 2020) seawal jam 6.50 pagi dari Limbang dan kemudiannya menuju ke imigresen Malaysia dan imigresen Brunei ICQS Kuala Lurah Limbang.

Checkpoint 1 : Imigresen Malaysia di Limbang

Sediakan salinan dokumen ini dan kepilkan sekali untuk rujukan ;

  1. Pasport
  2. Salinan Permit Polis
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan Surat Bertugas (atau dokumen penting lain yang berkaitan)
  5. Salinan Borang SDMC yang telah diluluskan
  6. Salinan E-Health Declaration

Checkpoint 2 : Imigresen Brunei di Limbang

Untuk membolehkan pasport ini mendapatkan cop imigresen dari pihak imigresen negara tersebut, kemukakan sesalinan dokumen ini juga ;

  1. Pasport
  2. Salinan e-mel kelulusan perjalanan transit untuk masuk ke Brunei Darussalam
  3. Salinan Borang A yang lengkap diisi
  4. Salinan muka hadapan pasport
  5. Salinan cop perjalanan terakhir pasport
  6. Salinan permit Polis Diraja Malaysia
  7. Salinan kad pengenalan
  8. Salinan surat panggilan bertugas (atau dokumen penting yang lain)

Setibanya di sini, pihak imigresen akan mengambil gambar dan mencatat masa bermulanya perjalanan sebaik memasuki negara Brunei.

Laluan transit luar negara Brunei Darussalam.
Kredit : FB Fatin Fatinah

Untuk pengetahuan anda, setiap perjalanan transit ke Brunei hanya diberi masa selama 3 jam. Pegawai yang telah mengambil gambar dokumen dan kenderaan di checkpoint kedua akan menghantar dokumen tersebut terus secara atas talian kepada pegawai yang bertugas di ICQS Sungai Tujuh.

Oleh itu, anda disarankan untuk meneruskan perjalanan ke sempadan Brunei-Malaysia yang seterusnya. Anda juga tidak dibenarkan untuk membawa barang terlarang seperti daging mentah, ayam mentah dan beras kerana pihak kastam juga akan turut memeriksa kenderaan anda.

Dari tempat duduk hinggalah ke bonet belakang. Jadi, hati-hati ya.

Checkpoint 3 : ICQS Sungai Tujuh, Brunei/Malaysia

Lakukan perkara yang sama seperti di checkpoint 1 & 2 mengikut imigresen negara Brunei dan Malaysia.

ICQS Sungai Tujuh Brunei

Bagi memudahkan urusan anda, lebih baik anda menyediakan salinan dokumen sekurang-kurangnya 2 atau 3 salinan sebagai rujukan kedua-dua pihak.

Kalau ikut betul-betul, senang saja sebenarnya.

Ujar Fatin, bahagian Limbang adalah sebuah bahagian yang unik kerana perlu merentas negara berbanding merentas daerah seperti yang dialami oleh penduduk di daerah lain di Sarawak.

Suasana di Limbang dan Lawas.

Malah, beliau memahami kesusahan mendapatkan maklumat yang tidak lengkap dan tidak mencukupi. Oleh itu, beliau berharap agar perkongsian ini dapat memudahkan urusan warga Limbang dan Lawas untuk merentas negara Brunei ke bahagian lain di Sarawak.

Buat orang Limbang dan Lawas, selamat merentas negara!

Tahukah anda bahawa Limbang mempunyai kawasan eko-pelancongan yang best dan menarik? Baca artikel ini :

Ini pula panduan roadtrip Sarawak ke Sabah melalui Brunei :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video "24 Hours On Tree Challenge" Berjaya Buka Mata Rakyat Malaysia Kekangan Internet Di Pedalaman Video “24 Hours On Tree Challenge” Berjaya Buka Mata Rakyat Malaysia Kekangan Internet Di Pedalaman
Next Article Jangan Terlalu Selesa, Kluster Keluarga Terbaharu Di Bintulu Tanda Amaran Untuk Berjaga-Jaga Jangan Terlalu Selesa, Kluster Keluarga Terbaharu Di Bintulu Tanda Amaran Untuk Berjaga-Jaga

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?