• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tinggal Sekejap Troli Luar Kedai, Wanita Ini Kecewa Barang Belian Lesap Sekelip Mata

Oleh
Farisha
19 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Wanita kecewa barang dalam troli dicuri

Tinggal Sekejap Troli Luar Kedai, Wanita Ini Kecewa Barang Belian Lesap Sekelip Mata. Satu hantaran tular baru-baru ini di media sosial mengenai seorang wanita meluahkan rasa kecewanya apabila barang beliannya lesap sekelip mata.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, wanita itu menyatakan bahawa dia hanya meninggalkan barang beliannya di sebuah pasaraya sekejap di luar, namun hilang dan dicuri.

Tinggal Sekejap Troli Luar Kedai, Wanita Ini Kecewa Barang Belian Lesap Sekelip Mata
Sumber: facebook

Hanya tinggal sekejap, barang belian dicuri

“Tinggal sekejap je kat luar KK Store, terus hilang. Dahlah ada tudung sekolah anak saya dalam tu, ada ayam, hotdog yang dibeli dan kable telefon saya dalam troli tu.

“Balik rumah saya menangis sebab itu je duit yang saya ada untuk beli barang makan, jajan untuk anak-anak, barang dapur,” luahnya dengan rasa kecewa dan sedih di laman Facebook.

“Lain kali kalau nak curi, cari lah orang kaya, saya ni dahlah kais pagi makan pagi je, tengok barang yang saya beli dah tau saya ni orang susah. Jarang saya dapat puaskan anak dengan membeli jajan untuk mereka,” ujarnya lagi.

Netizen turut bersimpati, malah berkongsi rezeki dengan wanita itu

Bagaimanapun, orang ramai turut bersimpati dengan musibah yang menimpanya itu. Susulan itu, ramai yang berkongsi rezeki atau bersedekah dengannya selepas kejadian itu berlaku.

“Saya dahulukan dengan terima kasih dengan orang yang kongsi rezeki dengan anak-anak saya, banyak sangat dan membuatkan saya terharu,” tulisnya dalam satu lagi hantaran di Facebook.

Tinggal Sekejap Troli Luar Kedai, Wanita Ini Kecewa Barang Belian Lesap Sekelip Mata
Sumber: facebook

“Alhamdulillah Allah gantikan rezeki anak-anak saya berlipat kali ganda. Terima kasih banyak-banyak, saya tidak dapat membalas, tapi saya Cuma dapat mendoakan semoga Allah akan membalas jasa baik atau kebaikan semua,” katanya yang turut bersyukur dengan perkongsian rezeki tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Siap Lipat Baju Dicuri, Pemilik Kedai Dedah Rakaman CCTV Wanita ‘Rembat’ Pakaian Di Plaza Merdeka
Penjual Berang Guitar ‘Rare’ Dicuri Semasa Dihantar Ke Miri, Dakwa Pekerja Kurier Itu Adalah Pelaku
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Kotak Sosej Guna Logo Halal Tak Diiktiraf Dirampas KPDN Di Bintulu Dua Kotak Sosej Guna Logo Halal Tak Diiktiraf Dirampas KPDN Di Bintulu
Next Article Ahli PAS Bakal Beri Sokongan Kepada Calon GPS Dalam PRK Jepak Ahli PAS Bakal Beri Sokongan Kepada Calon GPS Dalam PRK Jepak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?