• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Kongsi Detik Cemas Dikejar Dua Lelaki Tidak Dikenali Di Vivacity Kuching

Oleh
Aina Musa
13 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Wanita Kongsi Detik Cemas Dikejar Dua Lelaki Tidak Dikenali Di Vivacity Kuching

Dikejar oleh 2 individu tidak dikenali

Wanita Kongsi Detik Cemas Dikejar Dua Lelaki Tidak Dikenali Di Vivacity Kuching. Seorang wanita terpaksa berhadapan dengan detik cemas apabila sedar diekori oleh 2 orang lelaki tidak dikenali di pusat beli belah Vivacity, Kuching.

Wanita Kongsi Detik Cemas Dikejar Dua Lelaki Tidak Dikenali Di Vivacity Kuching
Wanita Kongsi Detik Cemas Dikejar Dua Lelaki Tidak Dikenali Di Vivacity Kuching. Sumber: Farah Rishy

Kisah itu telah dikongsi oleh beliau menerusi akaun Facebook beliau dengan nama Farah Rishy. Perkongsiannya itu telah mendapat sekitar 3.9 ribu perkongsian (setakat artikel ini ditulis) oleh pengguna Facebook memandangkan situasi seperti ini jarang-jarang berlaku di Kuching.

Modus operandi ‘pemangsa’

Difahamkan, beliau telah pun diekori dari tingkat atas sehingga ke tingkat bawah dalam bangunan pusat beli belah tersebut. Namun, motif kedua-dua invidu itu mengekori beliau tidak dikenalpasti.

Tambahnya, kedua-dua individu tersebut menjalankan modus operandinya dengan berpisah antara satu sama lain tetapi masih dalam bangunan pusat beli belah yang sama bagi mencari mangsa.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=5699933280059509&set=a.190660730986819

Dalam pada masa yang sama, beliau sempat berpesan kepada orang awam supaya lebih berhati-hati dan elakkan keluar berseorangan walaupun ke pusat tumpuan orang ramai misalnya ke pusat beli belah.

Beliau juga sempat berkongsi beberapa tips sekiranya orang awam berhadapan dengan detik cemas seperti itu.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti ini, boleh cuba tips ini:

Antaranya adalah dengan pergi ke tempat yang lebih ramai orang misalnya ke kedai-kedai berdekatan. Dengan ini, mereka akan lebih berasa ‘cuak’ untuk mendekati mangsa.

Tambahnya, mereka akan lebih takut untuk mengekori mangsa kerana sedar modus operandinya akan terbongkar sekiranya mereka terus mengikuti mangsa dari belakang.

Wanita Kongsi Detik Cemas Dikejar Dua Lelaki Tidak Dikenali Di Vivacity Kuching
Sumber: Farah Rishy

Walaupun begitu, beliau juga berpesan supaya peka dengan keadaan sekeliling kerana berkemungkinan individu tersebut masih menunggu mangsa di sekitar kedai tersebut.

Oleh itu, sekiranya anda sedar anda diekori oleh individu yang tidak dikenali di sesuatu kawasan, anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan khidmat polis ataupun pengawal keselamatan bagi membuat aduan mengenai perkara itu.

Dengan ‘sumbangan’ mudah anda itu, anda telah pun menjaga keselamatan anda dan orang awam di sekitar itu.

Baca lagi artikel terkini:

Kini Berada Di Kuching, Dapatkan Pakaian Bergaya Anda Di ‘Uniqlo On The Road’
Buat Hal Lagi, Kali Ini ‘King’ Myvi Terkandas Di Tengah Laut
SUMBER :Fb Farah Rishy
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kini Berada Di Kuching, Dapatkan Pakaian Bergaya Anda Di ‘Uniqlo On The Road’
Next Article Buat Julung Kalinya, Perarakan Krismas Terbesar Akan Diadakan Di Miri 3 Disember Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?