• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Dapatkan Kerakyatan, Wanita Di Sabah Didapati Bersalah Daftar Dua Jiran Lelaki Sebagai Anak

Oleh
Nazihah AN
15 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Demi Dapatkan Kerakyatan, Wanita Di Sabah Didapati Bersalah Daftar Dua Jiran Lelaki Sebagai Anak

Peniaga Wanita Dakwa Jiran Lelaki Anaknya Sendiri

Demi Dapatkan Kerakyatan, Wanita Di Sabah Didapati Bersalah Daftar Dua Jiran Lelaki Sebagai Anak. Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bahawa dia adalah ibu kepada dua jiran lelakinya semasa mendaftarkan kad pengenalan mereka tahun lepas.

Majistret Nur Faezah Jafri menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan kepada Ramla Lampeh, 49 tahun, bagi setiap pertuduhan bermula dari tarikh tangkapan pada 10 Mei, untuk dijalani secara serentak dan denda RM2,000 bagi pertuduhan pertama.

Demi Dapatkan Kerakyatan, Wanita Di Sabah Didapati Bersalah Daftar Dua Jiran Lelaki Sebagai Anak

Demi Dapatkan Kerakyatan, Wanita Di Sabah Didapati Bersalah Daftar Dua Jiran Lelaki Sebagai Anak

Ramla mengaku bersalah memberikan maklumat palsu sebagai penaja dengan mendakwa dirinya ibu kepada dua jiran lelakinya ketika mendaftarkan kad pengenalan mereka di bawah nama Mohammad Firman Rahman, 22 tahun dan Mohammad Luqman Rahman, 20 tahun di Jabatan Pendaftaran Negara Sandakan pada 12.35 petang dan 12.45 petang pada 15 Februari 2023.

Ramla, yang diwakili peguam Mohd Nazri Zikiri, memohon hukuman ringan dalam bentuk denda kerana dia adalah tunggak keluarga. Bagaimanapun, pendakwa raya Mohd Naser Mohd Nadzeri menuntut hukuman setimpal dengan kesalahan kerana ia melibatkan isu kedaulatan negara yang serius.

Di mahkamah yang sama, Nur Faezah juga menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM1,500 atau satu bulan penjara kepada Mohammad Firman, seorang nelayan, manakala adiknya Mohammad Luqman yang menganggur dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dengan hukuman bermula dari tarikh tangkapan mereka pada 10 Mei. Mereka akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara.

Kedua-dua beradik yang tidak diwakili peguam itu didakwa memberi maklumat palsu ketika mendaftarkan kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara Sandakan pada lokasi, tarikh dan masa yang sama seperti Ramla.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Pensyarah Di Kuching Selesaikan Soalan Pelajar, Jawapannya Buat Ramai Rasa Tersentuh
Next Article Persembahan Unik Lelaki Ini Curi Tumpuan Ramai Di Waterfront Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?