• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Sabah Ini Dakwa Wang Berjumlah RM300 Lesap Secara Senyap Untuk Iklan Facebook

Oleh
ILB - AI
23 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Duit wanita ini disedut secara automatik disebabkan iklan di Facebook

Wanita Sabah Ini Dakwa Wang Berjumlah RM300 Lesap Secara Senyap Untuk Iklan Facebook. Hari demi hari, pasti kita ada dengar rintihan individu yang ditipu atau kena ‘scam’ terutama sekali terjadi di media sosial. Baru-baru ini, seorang wanita berasal dari Sabah mendakwa wangnya disedut di laman Facebook.

Menurut satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Quinn Meng Stories, beliau berkongsi pengalaman buruknya iaitu wang simpanannya bernilai RM300 tiba-tiba lesap oleh Facebook beberapa hari lalu. Dipercayai wang tersebut disedut secara senyap disebabkan iklan di Facebook.

Gambar hiasan. Sumber: Neil Patel

“Saya mengerah tenaga kerja siang malam kumpul duit untuk rawatan saya, saya sanggup tidak makan, keperluan pun saya tangguh, dalam diam facebook makan duit simpanan saya. Apa ni?,” keluhnya di laman Facebook.

Jangan letakkan nombor kad Visa atau Debit di mana-mana platform

Bukan itu sahaja, apa yang mengejutkan, beliau menyatakan akaun Facebooknya tidak pernah dipautkan ke akaun bank, lebih-lebih lagi membuat iklan atau meningkatkan penghantaran (boost) di platform media sosial tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsikan gambar transaksi telah dibuat untuk iklan Facebook yang diambil secara automatik.

Wanita Sabah Ini Dakwa Wang Berjumlah RM300 Lesap Secara Senyap Untuk Iklan Facebook
Sumber: Quinn Mengs Stories

Di platform yang berbeza, warganet mengalami masalah yang sama

Meninjau ke ruangan komen pula, majoriti warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau, malah berkongsi pengalaman yang sama. Segelintir warganet percaya hal ni berlaku kemungkinan akibat tertekan pautan mencurigakan di Facebook yang dikongsikan oleh individu tertentu atau lebih dikenali sebagai ‘hacker’ yang boleh ‘hack’ akaun orang lain.

Selain itu, ada juga memberi nasihat supaya jangan letak nombor kad Visa atau Debit di mana-mana platform kerana ia boleh mengesan maklumat dalam telefon pada bila-bila masa.

Untuk makluman, sekiranya ia berlaku kepada anda, hubungi bank secepat mungkin untuk batalkan atau sekat kad bank serta semak transaksi wang yang dibuat untuk kenal pasti punca yang berlaku.

Wanita Sabah Ini Dakwa Wang Berjumlah RM300 Lesap Secara Senyap Untuk Iklan Facebook
Sumber: Quinn Mengs Stories
Wanita Sabah Ini Dakwa Wang Berjumlah RM300 Lesap Secara Senyap Untuk Iklan Facebook
Sumber: Quinn Mengs Stories
Wanita Sabah Ini Dakwa Wang Berjumlah RM300 Lesap Secara Senyap Untuk Iklan Facebook
Sumber: Quinn Mengs Stories

Baca juga kisah yang berkaitan:

Dapat Kerja Dari Facebook, Wanita Sarawak Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Kerja Sebagai ‘Scammer’ Tanpa Rela
Rugi RM 50K, Pelajar Wanita Universiti Dari Sabah Kena Scam ‘Kekasih’ Dalam Talian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Melepas Dapat Special Prize, Dr Sim Kecewa Nyaris 'Makan Besar' Menang Jackpot Melepas Dapat Special Prize, Dr Sim Kecewa Nyaris ‘Makan Besar’ Menang Jackpot
Next Article Rogol Sepupu Sendiri, Seorang Remaja Di Kuching Dihukum Penjara 14 Tahun Rogol Sepupu Sendiri, Seorang Remaja Di Kuching Dihukum Penjara 14 Tahun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?