• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Wanita Tulen Sahaja’, Syarat Cuci Kereta Percuma Ini Buat Netizen Terhibur

Oleh
ILB - AI
6 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Syarat cuci kereta secara percuma buat netizen berdekah

‘Wanita Tulen Sahaja’, Syarat Cuci Kereta Percuma Ini Buat Netizen Terhibur. Satu hantaran mengenai cuci kereta secara percuma telah menarik perhatian netizen apabila carwash menawarkan syarat yang ditetapkan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Captain carwash, mereka menawarkan cucian kenderaan percuma, khas untuk para wanita sahaja.

“70% pelanggan kami terdiri dari kaum wanita, kami menawarkan cucian asas secara percuma kepada pelanggan-pelanggan wanita kami sebagai tanda penghargaan dan sokongan padu dari mereka,” tulisnya di laman Facebook itu.

“Percuma Cucian asas, cucian luar & vacuum sahaja. Tiada kabel, tiada tempahan khusus pada hari berikut, prosedur kereta yang datang kereta itulah akan dicuci,” tambahnya lagi.

Syarat Cuci Kereta Percuma Ini Buat Netizen Terhibur
Sumber: Facebook

Percuma selama dua hari berturut-turut

Bukan itu sahaja, malah Captain Carwash telah memaklumkan tarikh untuk cucian percuma, yang akan berlangsung mulai hari ini, 6 Jun, hingga 8 Jun 2023, Khamis.

Bagaimanapun, syarat yang dikenakan di dalam hantaran itu hanya untuk wanita tulen sahaja. Namun, mereka juga mengatakan niat syarat tersebut bukan untuk mempersendakan golongan separa wanita.

“Kepada golongan separa wanita, kami juga memohon maaf tidak berniat untuk mempersendakan anda.

Syarat Cuci Kereta Percuma Ini Buat Netizen Terhibur
Sumber: Facebook

Semua ingin menjadi wanita tulen kerana mahu cuci kereta secara percuma

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berdekah dengan syarat tersebut serta ramai menyatakan bahawa mereka adalah wanita tulen 100% kerana mahu mencuci kenderaan dengan percuma.

Segelintir netizen turut berkata, syarat itu penting kerana takut banyak wanita tiruan pergi untuk mencuci kereta di tempat tersebut.

Sementara itu, anda boleh melawati Facebook Captain carwash untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tempat, masa operasi dan talian khidmat pelanggan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

‘Lee Min Ho Pernah Cuci Kereta Di Tuaran’, Netizen Terhibur Lihat Banner Peniaga Di Sabah Ini
Serendah RM12, Kini Anda Boleh Drivethru Cuci Kereta Guna Robotic Carwash Di Stampark Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tindakan Pantas Pekerja Padam Kebakaran Dapur Di Plaza Merdeka
Next Article Larikan Diri Dari Polis Di Kuching, Pencuri Kereta Diberkas Ketika Terima Rawatan Tembakan Di Betong Larikan Diri Dari Polis Di Kuching, Pencuri Kereta Diberkas Ketika Terima Rawatan Tembakan Di Betong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?