• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Warga Emas 60 Tahun Ke Atas Terima Vaksin Sinovac Dan Pfizer Layak Daftar Dos Penggalak

Oleh
Husna Hazmi
21 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Hanya warga emas yang lengkap 2 vaksin boleh membuat temu janji.

Warga Emas 60 Tahun Ke Atas Terima Vaksin Sinovac Dan Pfizer Layak Daftar Dos Penggalak. Dipetik daripada Astro Awani, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas di Sarawak dan telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin jenis Pfizer BioNTech dan Sinovac boleh mula membuat temu janji bagi mendapatkan dos penggalak (booster dose).

Isi Isi Penting
  • Hanya warga emas yang lengkap 2 vaksin boleh membuat temu janji.
  • Temu janji boleh dibuat di mana-mana klinik swasta yang terlibat atau Klinik kesihatan
  • Sarawak merupakan negeri pertama yang melengkapkan program vaksinasi
  • Setakat 17 Oktober 2021, JKNS melaporkan lebih kurang 11,156 dos penggalak telah diberikan kepada penduduk di Sarawak
Warga Emas 60 Tahun Ke Atas Terima Vaksin Sinovac Dan Pfizer Layak Daftar Dos Penggalak
Warga Emas 60 Tahun Ke Atas Terima Vaksin Sinovac Dan Pfizer Layak Daftar Dos Penggalak

Temu janji boleh dibuat di mana-mana klinik swasta yang terlibat atau Klinik kesihatan

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dalam satu hantaran di Facebook rasminya semalam, temu janji boleh dibuat di mana-mana klinik swasta yang terlibat atau Klinik kesihatan (KK) berhampiran.

“Untuk penerima vaksin Sinovac, mesti sudah melepasi tiga bulan dari tarikh dos kedua diambil.

“Manakala, penerima vaksin Pfizer akan menerima dos penggalak selepas enam bulan dari tarikh dos kedua,” kata JKNS.

Di samping itu, Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mencadangkan agar JKNS bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk terus menggunakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam sebagai lokasi pendaftaran untuk dos penggalak melalui aplikasi MySejahtera.

“Melalui kaedah ini kita mahu memberikan vaksin kepada seramai mungkin rakyat Sarawak yang berisiko, selagi mereka layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak seperti bulan Mac-April yang lalu. Sekarang kita sudah ada bekalan vaksin yang sedia untuk digunakan,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Warga Emas 60 Tahun Ke Atas Terima Vaksin Sinovac Dan Pfizer Layak Daftar Dos Penggalak

Sarawak merupakan negeri pertama yang melengkapkan program vaksinasi

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak itu percaya bahawa ini merupakan waktu yang sesuai untuk pakar-pakar perubatan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Kesihatan Negara, Khairy Jamaluddin membuat keputusan mengenai pelaksanaan dos penggalak di negeri Sarawak.

“Sarawak merupakan negeri pertama yang melengkapkan program vaksinasi maka kita akan menjadi negeri pertama yang memerlukan keputusan lanjut pelaksanaan dos penggalak.

“Kita masih menanti agar akan ada lebih banyak keputusan dibuat berhubung pemberian dos penggalak di Sarawak bukan hanya meliputi golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas, ataupun petugas barisan hadapan sahaja,” ujar beliau.

Setakat 17 Oktober 2021, JKNS melaporkan lebih kurang 11,156 dos penggalak telah diberikan kepada penduduk di Sarawak

Maklumat lanjut mengenai lokasi PPVGP dan hospital swasta untuk pendaftaran dos penggalak di setiap daerah boleh dirujuk melalui laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi).

Selain itu, dalam sidang media pada hari ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata KKM akan melanjutkan pemberian dos penggalak cominarty keluaran Pfizer BioNtech kepada individu yang mendapat dos lengkap vaksin Sinovac, sekurang-kurangnya tiga bulan yang lepas.

“Mengambil kira data kemasukan ke hospital yang meningkat, mengambil kira juga pandangan Strategic Advisory Group of Experts (SAGE) on Immunization daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), KKM telah putuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak kepada individu yang dapat dos lengkap Sinovac, sekurang-kurangnya tiga bulan yang lepas.

“Sebagai pemulaan, pemberian dos penggalak secara heterologous ini kepada individu 60 tahun ke atas, berdasarkan saranan SAGE dari WHO yang bersidang pada 4 hingga 7 Oktober 2021,” jelas beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Deskripsi Makanan Di Grab ‘Pelik’ Tapi Lucu, Stall Makan Di Kuching Ini Mencuit Hati Pelanggan
Next Article Ditipu Dalam Urusan Pembelian Kereta, Seorang Wanita Dari Sibu Buat Laporan Polis Terhadap Sepupu Sendiri Ditipu Dalam Urusan Pembelian Kereta, Seorang Wanita Dari Sibu Buat Laporan Polis Terhadap Sepupu Sendiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?