• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Warga Emas Rayu Peluang Kedua Lepas Lakukan Amang Seksual Pada Anak Bawah Umur

Oleh
Aina Musa
14 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Warga Emas Rayu Peluang Kedua Lepas Lakukan Amang Seksual Pada Anak Bawah Umur

Tergamak lakukan amang seksual terhadap anak sendiri

Warga Emas Rayu Peluang Kedua Lepas Lakukan Amang Seksual Pada Anak Bawah Umur. Seorang warga emas mengakui kesalahan seksual yang pernah dilakukan terhadap anak perempuan kandung, dan merayu diberikan peluang kedua.

Lelaki berusia 63 tahun itu menyatakan telah insaf atas perbuatan yang dilakukan itu semasa perbicaraan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang pada Khamis.

Warga Emas Rayu Peluang Kedua Lepas Lakukan Amang Seksual Pada Anak Bawah Umur
Warga Emas Rayu Peluang Kedua Lepas Lakukan Amang Seksual Pada Anak Bawah Umur. Kredit: Mstar

Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu e-hailing didakwa atas empat pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya, tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya yang ketika itu berusia 13 tahun dengan memegang payu dara kanak-kanak berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mukim 8 Tanah Liat, Bukit Mertajam dalam daerah Seberang Perai Tengah, antara Mac dan Jun 2022.

Warga Emas Rayu Peluang Kedua Lepas Lakukan Amang Seksual Pada Anak Bawah Umur

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan menghisap payu dara dan memegang kemaluan kanak-kanak sama di lokasi yang sama pada Mei 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(2)(a) akta yang sama.

Seksyen 14 (a) membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat manakala Seksyen 16 (2) akta sama, membawa kepada hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat tidak kurang dua sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Wan Amira memohon supaya tiada sebarang jaminan ditawarkan berikutan hubungan tertuduh dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang diberi peluang oleh hakim untuk berkata sesuatu kepada mahkamah merayu supaya dia dapat diberikan ‘peluang kedua’ berikutan insaf dengan kesalahan dilakukannya.

Hakim kemudian menetapkan tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh atas alasan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Kes akan disebut semula pada 27 September ini untuk fakta kes dan jatuh hukum terhadap tertuduh.

Baca lagi artikel menarik:

Remaja Lelaki Diliwat, Dikurung Selepas ‘Diumpan’ Bantuan Cari Kerja
Kenal Di Media Sosial, Tiga Rakan Bergilir-Gilir Rogol Budak 12 Tahun Kena Cekup
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Tahun Menyamar Jadi Doktor, Penipuan Lelaki Lepasan Sekolah Menengah Ini Akhirnya Terkantoi
Next Article Minta Makan Daging Babi Dan Bapa Benarkan Anak Murtad, Filem Ini Diharamkan Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?