I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 19/05/20 5:46 PM
Kongsi
2 Min Bacaan
Kongsi

Termasuk Rakyat Sarawak Sendiri.

Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini telah mengumumkan bahawa semua warganegara Malaysia yang mahu memasuki Sarawak perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak polis sebelum mendapatkan permohonan masuk dari JPBNS.

Peraturan baru ini turut terpakai untuk rakyat Sarawak sendiri.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjelaskan bahawa mana-mana individu yang ingin memasuki Sarawak perlu mendapatkan permit daripada pihak polis sebelum memohon kebenaran daripada JPBNS. Peraturan ini berkuatkuasa bermula hari ini, 19 Mei 2020.

Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini
Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Jelasnya lagi, pihak JPBNS tidak akan membenarkan individu memasuki Sarawak sekiranya mereka tidak mempunyai permit daripada pihak polis.

Keputusan Ini Selaras Dengan Arahan Di Peringkat Kerajaan Persekutuan

Syarat ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan di peringkat Persekutuan iaitu larangan perjalanan rentas negeri.

Terbaharu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan arahan bahawa perjalanan rentas negeri semasa PKPB ini adalah tidak dibenarkan. Hanya perjalanan yang telah mendapat permit daripada pihak polis sahaja yang dibenarkan semasa PKPB. Peraturan ini terpakai untuk perjalanan rentas dalam Semenanjung, Semenanjung ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya.

Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang telah membeli tiket penerbangan tetapi tidak mempunyai permit polis akan dilarang untuk menaiki pesawat. Malah, mereka juga akan diarahkan untuk berpatah balik semasa melalui sekatan jalan raya di sekitar kawasan lapangan terbang.

Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini
Warga Malaysia Perlu Mohon Permit Polis Sebelum Masuk Sarawak Bermula Hari Ini

Pihak MKN turut menasihatkan orang ramai agar memohon permit terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian tiket sama ada melalui jalan darat mahu pun udara. Jika tidak, ia hanya akan merugikan diri sendiri.

Bagi mereka yang dibenarkan untuk ke Sarawak dan Sabah menerusi permit polis, para penumpang akan disaring setibanya di lapangan terbang negeri masing-masing.

Sempena musim perayaan ini, sambut lah perayaan dengan sederhana. Cegah gelombang kedua.

Baca juga :

Nur Afifah 19 Mei 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bantuan Hari Raya Dan Hari Gawai RM500 Untuk Penjawat Awam Sarawak Bantuan Hari Raya Dan Hari Gawai RM500 Untuk Penjawat Awam Sarawak
Next Article PDRM dan ATM Akan Memeriksa Rumah Ke Rumah Semasa Hari Raya Semasa PKPB PDRM dan ATM Akan Memeriksa Rumah Ke Rumah Semasa Hari Raya Semasa PKPB

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Buat Aksi Wheelie Di Masja Kuching, 3 Remaja Ditahan Polis

28 Jun 2022
Lama Tergendala, Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Akan Disambung Semula Bulan Depan
Cerita Borneo

Lama Tergendala, Projek Lampu Isyarat Expressway Kuching-Samarahan Akan Disambung Semula Bulan Depan

28 Jun 2022
Cerita Borneo

Tonton Filem Mat Kilau Pakai Busana Pendekar Melayu, Kumpulan Ini Tarik Perhatian Netizen Di Miri

28 Jun 2022
Ternampak Buaya Di SK Tanjung Pisang Di Kota Samarahan, SFC Menasihatkan Untuk Berhati-Hati
Cerita Borneo

Kelibat Buaya Dikesan Di Sekolah Rendah Simunjan, SFC Nasihatkan Orang Awam Berwaspada

28 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?