• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Waspada Taktik Kotor Geng Motosikal, Sengaja Cetus Kemalangan ‘Palsu’

Oleh
ILB - AI
17 Mei 2023
Kongsi
1 Min Bacaan

Tangkap layar video tular, memaparkan taktik digunakan kumpulan terbabit untuk mencetuskan kemalangan.

Waspada Taktik Kotor Geng Motosikal, Sengaja Cetus Kemalangan ‘Palsu’. Satu hantaran video tular baru-baru ini yang dirakam seorang pengguna jalan raya, memaparkan modus operasi kumpulan geng motosikal dipercayai sengaja mencetuskan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain di sekitar Sentul, Kuala Lumpur.

Susulan daripada itu, taktik tersebut juga membolehkan mereka memperdaya mangsa untuk mendapatkan ganti rugi.

Menerusi klip yang berdurasi 2 minit 5 msaat itu, pemilik kamera papan kenderaan berkata bahawa perbuatan cuai itu melibatkan beberapa penunggang motosikal dan sebuah kereta.

SCAM ACCIDENT !

Modus Operandi :

Beberapa orang penunggang motor akan brake check depan anda, buat anda terlanggar diorang.

Kereta belakang (gang mereka), akan jadi saksi keterangan palsu.

Pastikan ada dashcam !!!

Kredit ceo of expose pic.twitter.com/ZbIMyXfcjs

— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 16, 2023

“Beberapa penunggang motorsikal akan brake check (cuba menguji brek) depan anda, buat anda terlanggar mereka.

“Kereta belakang (yang juga gang mereka), akan jadi saksi keterangan palsu,” menurut perkongsian tersebut di media sosial.

4 penunggang motosikal terlibat

Menurut sumber, empat penunggang motosikal dikatakan berada di hadapan kenderaan itu bermula di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Waspada Taktik Kotor Geng Motosikal, Sengaja Cetus Kemalangan 'Palsu'
Sumber: Twitter

Selepas beberapa ketika, salah seorang penunggang motosikal yang terlibat diperhatikan membrek mengejut di hadapan kereta.

Sementara itu, sebuah kenderaan berwarna gelap dilihat mengekori kenderaan mangsa. Bagaimanapun, difahamkan tiada sesiapa yang cedera akibat kejadian itu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Langgar Lari Di Jalan Batu 11, Mangsa Kongsi Video Dashcam Mohon Netizen Cari Penunggang Motosikal Ini
Lori Simen Rempuh Tiang Kabel Komunikasi, Penunggang Motosikal Maut Di Asajaya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mydin Openg Tawar Promosi Kaw-Kaw Baju Melayu Dan Kurta Serendah RM20 Mydin Openg Tawar Promosi Kaw-Kaw Baju Melayu Dan Kurta Serendah RM20
Next Article Isu 'Scalper' Sapu Tiket Secara Borong, Rupa-Rupanya Guna Bot Untuk Beli Isu ‘Scalper’ Sapu Tiket Secara Borong, Rupa-Rupanya Guna Bot Untuk Beli

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?